"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 April 2013

1st Time Guna Lure Set-up.... Jika Rig

Jumaat, 12/04/2013

Untuk casting kali ini aku mencuba buat pertama kalinya teknik lure set-up yang agak femes digunakan di Jepun iaitu Jika Rig. Sebenarnya dah 2 minggu lepas aku prepare membeli barang-barang untuk Jika Ring nie, tapi tak berkesempatan untuk mencubanya. So sempena hari nie besday aku, barulah aku gunakan teknik nie. Manalah tahu kan nanti dapat "hadiah" besday? Cehhhh...

Memang betulah dapat "hadiah" tu. Balik kerja petang tu aku ke lokasi berdekatan jer dengan rumah aku - parit tepi jalan. Aku ambik masa casting untuk sejam jer. Sekadar nak mencuba dulu sebelum ujian sebenar Ahad nie dilokasi yang belum aku fikirkan. Tak sangka seekor belao menjadi mangsa kali. Beliau pun dah tak sabar-sabar gak nak merasa Jika Rig agaknya. hehehe....




Inilah lure set-up yang aku gunakan kali ini, Jika Rig. Antara yang femes di Jepun.


 Lokasi percubaan... sepanjang parit tepi jalan nih. Dari papan tanda biru tu aku start jalan.



Kat sinilah aku dapat "hadiah" besday tu.

Yessss! Hadiah besday... Mangsa pertama (and only that day) Jika Rig berlurekan Berkley_PowerBait Power Grub, Belao/ Haruan a.k.a Snakehead.







 

No comments:

Post a Comment