"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 April 2013

Trip Kumpau Belungei

Tarikh: Ahad, 14/04/2013
Lokasi: Belungei, Lundu

Trip ke Belungei kali ini secara "lone ranger"... Seawal 6.15am aku bertolak kerana menjangkakan air surut di Belungei dalam pukul 8.00am dan sesuai untuk casting. Sunyi trip kali ini kerana keseorangan. Tiba di Belungei setelah setengah perjalanan di pantai, air masih lagi besar dan menutup laluan ke lokasi casting. Terpaksalah aku tunggu kat tepi pantai tu sambil-sambil berposing ambik gambar & menikmati keindahan alam. 

Lebih kurang setengah jam menunggu, barulah perjalanan dapat diteruskan. Pun begitu spot casting masih lagi dipenuhi air. So aku casting jer berdekatan kilang (rumah) memproses obor-obor sementara menunggu air surut lagi. Air surut yang agak deras menyukarkan operasi casting & takde 'mis kol' dari penghuni tempatan.

Bila air dah surut dan spot casting dapat digunakan, tanpa membuang masa aku terus casting tanpa henti. Agak lama gak aku casting, hanya sekali 2 jer 'mis kol' tapi tak hookup. Kemudian datanglah group casting yang aku kenali. Member-member aku gak rupanya dalam 5 orang. So ramailah kita orang casting & semuanya KUMPAU!



 
 Laluan masih kena block. Air laut baru nak surut.


 Posing jerlah sementara menunggu air surut.


 Entah apa-apa entah...



 Cepatlah surut... What to do? What to do?....

 Walaupun laluan dah ok, spot casting (macam pulau kecik kat bahu kanan) masih lagi dilimpahi air.
 
 Spot yang masih dilimpahi air...

 Air beransur surut dari hulu..

Cantik kaler nye...

 Inlah kilang (rumah) memproses obor-obor.
 

  Cuba jerlah walaupun air mengalir deras.

My foot steps dari kilang obor-obor menuju ke spot casting. Hampir paras lutut tenggelam wooo...


  Sekitar inilah spot tersebut. Kena tunggu surut lagi...



No comments:

Post a Comment