"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

30 April 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 02

Tarikh: Sabtu, 27/04/2013
Lokasi: Sekitar Kuching


Misi kali ini agak banyak jugak spot yang aku terjah. Tapi aku memperuntukan dalam sejam 2 jer untuk casting di setiap spot. Ada spot yang dah lama aku tak pergi. Walaupun air pasang pada sebelah petang, namun jam 7.30 am lagi aku dah keluar.

Masih lagi belum berhasil mendapat lesen Selunsong. Hanya seekor Ikan Todak sahaja yang diperolehi (lebih baik daripada kumpau!). Harap korang tak bosan baca blog aku nie sebab jarang2 dapat hasil. Sabar ya. Sama2 kita berdoa agar kita selalu strike mantap seadanya...

Bagi yang rajin baca blog aku ini, terima kasih diucapkan. Semoga korang pun dapat manfaat (sperti spot baru misalnya) dari blog ini.


Spot 1 - Sekitar Kopodim. Time nie air dah mula surut. Sayang wooo..

 Perghhhh... spot berpotensi kat celah2 kangkang pokok paya bakau tu...


 Spot 2 - 1st Jambatan nak ke FAC, Matang


 Lama dah aku tak cast kat sini. Terkejut sekejap aku bila MJ kuar dari sarangnya. Betul2 depan mata. Lure pulak aku tikam jauh. Arghhh... melepas peluang!



 Spot 3 - Jambatan No.3 sebelum ke Telaga Air.


 Tengok mahligai MJ nie. Bayangkan kalau air cun. Perghhhh...!


 Kalau surut sangat macam nie memang jarang ada "mis kol". Kena tunggu penuh sampai batu tu tenggelam.


 Spot 4 - Feri Rambungan


 Geram aku tengok bawah jambatan tu. Tapi bunyi feri bising sangat. Dari tempat aku berdiri nie agak jauh. Kena berjalan dekat sikit kalau nak.


 Spot 5 - Last Jambatan U turn FAC


 Dulu bawah nie ada jambatan / platform melintang di tengah-tengah. Senang nak cast. Tapi sekarang dah takde.


 Spot 6 - Kontena. "Banglo" yang mula ditenggelami air.


 Hanya ini hasil yang aku perolehi - Ikan Todak. Hanya menggunakan Berkely Grub 3" putih.


 Daripada kumpau le kan... Mables prestasi Amenista aku nie. Tak melawan beliau. Rela & pasrah jer... Agak besar gak Ikan Todak nie... - C&R


 New friend - Abil


 Si Hakim


 Spot 7 - Salak Kubur


Belum lagi kelihatan tanda2 kehadiran Selunsong.


 Spot 8 - Ofkos spot Selunsong Bandar Baru Semariang.


Kawasan "panas" Selunsong depan tu.


Di spot Bandar Baru nie lure si Hakim hampir2 disambar Selunsong. Agak besar jugaklah kalau melihat percikan air masa tu. Belum rejeki beliau jugak.

So, that's all for now. Till next time.... "NEVER GIVE UP!"

No comments:

Post a Comment