"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

02 May 2013

Personal Review: A70 TAKEN Bass Fishing Measure Ruler


Akhirnya hari ini aksesori pancing yang aku minta tolong member blogger aku  belikan (thanks bro. http://wanpb.blogspot.com) melalui ebay (RM56.00) telah sampai, iaitu A70 TAKEN Bass Fishing Measure Ruler. Walaupun kalau diikut namanya ruler nie untuk ikan bass, ikan lain pun boleh jugak pakai. Janji dapat menyukat panjang ikan dengan jelas!

23/04/2013 dipos dari Korea, diterima Kastam pada 30/04/2013 dan sampai ke tangan aku pada hari ini 02/05/2013. Seronoknya...

Tapi.... bila aku buka bungkusan tu, terserlah hujung bahagian "L" point ruler tersebut patah. Adusssss.... sayang nya! Teruk gak handlingnya (tak tau dari mana silapnya). Nak dipos balik karang kena bayar shipping. Takpelah, nak buat macam mana kan? Nanti aku gamkan jer oklah tu. Yang penting aku dah dapat apa yang aku idamkan walaupun tak perfect...

Gambar ori dari web ebay tersebut korang leh tanya kat Pakcik Google. Banyak gambar detail kat situ. Antara design fishing measure lure yang tercun bagi akulah...


Ini info dari web tersebut. Nice design kan...




Nie ha aku punya. Baru jer sampai kat tangan aku tadi... Tengok kat box dia, rosak handling...


Dalam bulatan merah tulah hujung "L" point yang patah. Uhuk...uhuk...


"L" point yang patah...


Ngapa "L" point aku nie setengah jer tak penuh macam kat pic kecik tu? Design baru kot???




No comments:

Post a Comment