"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

20 May 2013

Snakehead Report (3rd week of May 2013)

Antara 13-19/05/2013

Dah 2 minggu nie takde aktiviti casting 'hardcore' (dari pagi sampai petang), kesinambungan dari Misi Mencari Lesen Selunsong aku buat. Bukan apa, hujung minggu semenjak 2menjak nie aku terpaksa pendekkan masa casting atas faktor2 yang tak dapat aku elakkan. Sebab tulah terpaksa cast spot yang dekat2 jer. Pun begitu seperti biasa kalau berkesempatan tu, masa balik kerja aku spend 45 minit melepas gian dan merasa 'karan', kusandarkan harapan pada pengubat rindu - B.E.L.A.O... 

Laporan kali ini pun 5 hari aku kumpau selepas strike belao pertama minggu ke-3 bulan nih, barulah dapat seekor lagi.... Seboleh-bolehnya aku TAK MAU KUMPAU langsung dalam seminggu tu. Kadang-kadang bila dah masok hari ke-6 & still kumpau, dah stat mengiggil seluruh badan. Hari ke-7 mau tak mau, MESTI STRIKE seekor! Apakan daya kita sebagai hambaNya, sekadar mampu merancang & berdoa. Alhamdulillah seingat aku sejak mula2 terjebak casting belao nie paling lama kumpau pun dalam 5 ke 6 hari camtulah. Tak mau kumpau sampai hari ke-7. Tak mau...! Tak mau...! Hehehehe... 

Owh, BTW, semua hasil selamat di C&R...


Nie hasil pertama dalam minggu ke-3 bulan nie. Ada koyak sikit mulut beliau sebab masa nak hook up tu aku tarik kuat sangat & beliau tersangkut kat akar kangkong & teratai! Sorry aaa.... Encik Belao. Harap ko dah sembuh yek... ;p


Hah, Nie pulak hasil ke-2 dalam minggu ke-3. Petang semalam dapat. 32cm jer.


Mencari 40cm ke atas payah betul...! Tapi cam dah jumpa spot tu. Longkang tak jauh dari tempat aku dapat belao nie. Next time aku cuba lagi kat spot tu.


Close-up. Lure Berkley_PowerBait Power Grub putih.



*FREESTYLE STREET FISHING*




 

No comments:

Post a Comment