"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 May 2013

Bot Simple Untuk Casting

Salah satu cita-cita aku ialah untuk memiliki bot casting sendiri (walaupun aku belum terrer lagi mengendalikan bot! Insyaallah one day...). Kalau dilihat negara luar gemar menggunakan bot yang ada platform dan mempunyai truster (betul ke namanya???). Walapun kebanyakan diorang prefer casting di tasik, maka sesuai sangatlah jenis bot tersebut digunakan (aku tak tahu camna nak panggil bot jenis tu). 

Kebanyakan kita di Malaysia nie lebih suka pakai bot fiber yang bermuncung tirus tu. Mungkin majoriti caster Malaysia nie lebih kepada sungai. So bot yang digunakan untuk casting di tasik tidak berapa sesuailah.

Point yang aku nak kongsi di sini, kalau akulah kan, aku nak buat jugak bot style Japanese yang ada platform tu. Rasa-rasanya boleh diaplikasikan kat bot local. Nak casting pun senang. Setakat nie belum lagi aku jumpa bot style tu. Yang bermuncung sesudu/ muncung itik ke apa nama dia ada jumpa cuma takde platform jer. Tengok jer gambar kat bawah nie:


 * Nie ha Japanese Style yang aku maksudkan... Simple jer kan. Just tambah platform & truster. Kalau terrer boleh modified lagi tambah platform kat belakang tu. Untuk maksima 2 orang paling ngam.


* Enjin letak kat belakang tak perlu "kuasa kuda"... memadai "kuasa kambing". Bukan nak ke laut pun. Sekadar main kat muara jer cukuplah...


 * Nampak cam selesa jer kan. Sorang2 pun best sangat! Sedangkan aweks nie pun venture sorang2... ;)


 * Tu Truster ke pa ke nama dia?... Nak kena belajar gak semua nie.

 

 Yang nie pulak design omputih pakai. Best gak kan? - Sumber foto internet (tak ingat web).


Ini pun sama gak. Simple & nice... - Sumber foto internet (tak ingat web).




Kalau berkemampuan tu sambarlah yang macam orang kaya gunakan. Cuba tanya Pakcik Google: Bass Treacker Boat. Banyak design kat situ. So, kesimpulannya, "Tepok Poket, Tanyalah Wallet"...


Kalau ekot nombor model tu bot ini hanya 16'panjang & 5' bukak. Tak besar mana tapi memang the best bagi akulah...






No comments:

Post a Comment