"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

02 May 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 03

Tarikh: Rabu, 01/05/2013
Lokasi: Sekitar Kuching


Memandangkan PRU-13 semakin dekat & mem aku terlibat sebagai kerani pengundi, so aku awalkan hari casting hujung minggu ke cuti Labour Day, masih lagi dalam misi mencari lesen Selunsong & cam biasalah... masih belum dapat lesen! Arghhhhh....

Long story short, aku gi ke lokasi pertama iaitu di Jambatan No.3 nak ke Telaga Air. Sampai kat situ air masih lagi pasang. Walaupun 'banglo' MJ ditenggelami air, namun info dari kawan aku mengatakan hanya apabila air medok (air tak bergerak) baru sesuai casting kat situ. Apa pun cuba jerlah... Agak lama gak aku casting sensorang kat situ sehingga air beransur surut, namun 'mis kol' pun takde. Tukar spot le jawapnya...

 Jambatan No.3...Air masih pasang. Potensi tu macam ada tapi entahlah... susah nak cakap.


 
 Lokasi bertentangan dengan 'banglo' MJ.


Lokasi kedua pulak kat Jambatan No.1 FAC. Sampai kat situ hari dah mula hujan! Terpaksalah aku casting kat bawah jambatan tu sehingga hujan berhenti. Hujan yang lebat sekejap2 agak menggangu casting ku (yang tidak berhasil). Kemudian member aku si Hakim message dia dah kat spot Bandar Baru Semariang. Apa lagi, tukar spotlah...

 Hujan le pulak... menunggu & terus menunggu time cun.


Air yang masih surut di spot 'panas' menyebabkan si Hakim pulak menunjukakan dengan aku spot baru. Nun jauh masuk ke dalam lagi kami berdua ke spot yang dikenali dengan code name: Tekong / Balak. Boleh tahan spot nie. Nasib baik pergi masa air surut. Bolehlah nampak spot yang berpotensi & kat mana mudah sangkut. Sudah rejeki si Hakim, beliau pulak yang mendapat Selunsong 1.29 kg! Tekanannnnn.... Ada jugak sambaran dari MJ tapi tak hook-uplah...
 
 Spot baru - Code name: Tekong / Balak.


 'Banglo' Mewah tu...


Memang sangat2 berpotensi spot nie.


Tu dia Hakim dengan Selunsong 1.29 kg! Pun begitu, dengan murah hatinya beliau memberi ikan tersebut untuk aku. Tq Kim, moga semakin murah rejeki ko nanti...


Hari beransur gelap. Member yang lain mencadangkan agar komplot casting belao/ haruan pulak di lokasi baru yang belum pernah aku kunjungi - CIDB. Tak lama casting sebab hari makin gelap & hasilnya Kumpau dangdut! Till nex time... stay tune!

Kolam CIDB.




No comments:

Post a Comment