"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

11 May 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 03/2015


Tarikh: 10/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 07.00am - 4.00pm



Kalau diikutkan minggu nie memang aku takde plan nak ke Belungei. Tapi atas permintaan member2 yang melihat post blog aku minggu lepas di mana MJ frenzy, diorang pun teringin gak nak mencuba kat tempat tu.

So plan diaturlah untuk sekali lagi menerjah Belungei. Setelah semua ready, hanya aku, Azrin & Aleh yang dapat join komplot kali ini. Bujang pulak akan join kalau dia free nanti.

Hasil kali ini agak mengeciawakan. Tak tahu mengapa. Kalau secara teorinya air dah memang cun! Inilah dunia hanyir... Sungguh unSANGKArable. Layan jerlah komplot tak seberapa nie.





Wow! Cam kat Gold Coast, Ostolia view tu beb!





Azrin yang pertama kali menjejak kaki di Belungei.





Aleh pun sama cam Azrin, 1st time bertandang.





Sementara menunggu air surut, aku ngetest popper berdepan dengan kilang memproses obor2. Tak tahan melihat dugaan kaler air camtu.





Bila air dah mula surut baru kitaorang dapat pergi kat port terhangat tu. Setelah agak lama cast (rabut & miskol jer dari tadi) baru aku strike seekor Baby Kerapu. Satu2nya ikan yang berjaya aku tangkap! Bayangkanlah air dah cun, tapi ikan pulak taknak. Layan jerlah... Janji strike!





Species: Ikan Kerapu / Grouper
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Shad (6cm)
Status: C&R





Azrin & Bujang sedang sibuk memujuk!





Bujang kosentret cast kat hot spot utama (pokok tumbang).





Hot Spot yang tidak berhasil kali ini. Miskol jer banyak.





My peberet hot spot - tiada berpenghuni. Tengah traveling di luar kawasan agaknya... Kalau minggu lepas kat sine jer aku dapat 6 ekor MJ. Belum lagi kira yang rabut! Serba tak menjadi le pulak.





Kat kawasan bebatu (centre) tu, ada gang yang menyelam (menembak). Kat sine lah diorang dapat MJ & Selunsong yang kasar2. Member2 aku ada gak cast kat sini, tapi dapat yang saiz baby jer. Hot spot gak area nie sebenarnya...







 LURE(S) OF THE DAY

Hinomiya Shad (6cm)






No comments:

Post a Comment