"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 June 2015

Snakehead Report (5th week of May 2015)



Tarikh: 31/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 4.30pm - 5.30pm



Misi mencari lauk "Grade A" gagal hari ini. Tiada langsung miskol di beberapa port yang biasa diterjah. Sebagai pengubat kumpau & vibrate tangan nak fight ikan sebelum balik, last port layan snakehead lah jawapnya. 

Tidak menghampakan walaupun port nie dah semakin tebal semak & teratainya. Jadi Heavy Cover Game dengan rod 4-10 lb! Seram wooo... Hermmm... perlukah aku membeli set untuk Heavy Cover Game pulak lepas nie?





Selepas 3 kali rabut kat 1 kawasan parit, aku try kat tempat yang berlopak kecil & sempit jer, sekali imbas macam takde penghuni kat situ. Namun sangkaan aku meleset bila tiba2 lure aku disambar ganas oleh mama haruan yang tengah pregnant ini...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up... Hi, i'm ok in here. Don't worry about me. Hehehe...





Hah, tengoklah port nie. Dulu luas, sekarang dah semakin sempit. Namun tempat camni lah snakehead bersaiz kasar suka ambush.






Amik kau! Yang nie degil amat! Siap bawak lure main kat dalam rumput & teratai. Nak ditarik kuat2 takut rod patah pulak. Lama jugak aku pujuk beliau nie keluar dari kawasan heavy cover tu.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: C&R





Close-up.





Mau taknya set Heavy Cover Game aku perlukan. Biar dengan teratai2 tu sekali clear! Insyaallah, tunggu ada bajet lebih nanti aku angkat sedas!







LURE(S) OF THE DAY


Lure nie aku tak berapa bekenaan pakai kat tempat yang banyak berumput / berhalangan. Lembut sangat & mata hook yang terletak kat tepi sangat tu akan turut "membawa" rumput, daun2 sangkut bersama. Kalau kat tempat clear sikit oklah...






Hah, forever my favorite! Everything about this lure is perfect for me! Payah dah nak dapat. Kalau ada pun mahal. "Diorang" main simpan stok. Kemudian bila dah sampai waktu, berapi lak harga! Cis betul perangai! Harga lama tu (gambar dari arkib). Payah dah nak dapat harga tu lagi.








2 comments:

  1. best citer bro. sgt informative bagi saya yg nubies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi singgah.
      Syukurlah jika info dlm blog yang tak seberapa ini dapat membantu.
      Learning is Never Ending Proses... (Masih belajar jugak nie). :)

      Delete