"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 June 2015

Snakehead Report (1st week of Jun 2015)


Tarikh: 07/06/2015 (Ahad) 
Lokasi: Parit Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan
Masa  : 4.00pm - 5.30pm



Hari ini kazen mem aku kawin. So hilanglah 1/2 hari untuk aku cast (pagi). Sebaik sahaja majlis selesai, aku pun memecut ke bebrapa buah tempat cast yang biasa. Semua kumpau cam biasa jugak (ceh!). 

Aku terpaksa singkatkan masa kat setiap tempat nie kerana target utama aku nak mencari "lesen" snakehead Runtu @ Channa Baramenisis, setelah diracun kawan aku semalam (katanya kat parit di kampung nie lah. Tak tahu lokasi yang tepat sebab member aku tak dapat dikontek le pulak. Hentam saja lah.). Tapi belum rejeki da... Haruan jer yang sudi.




Port parit yang sentiasa mengoda aku setiap kali lalu jalan kampung nie.





Ada beberapa kali patukan kecil yang tak hook-up. Spesis Runtu nie memang kebanyakan nya kecil2 belaka, so kena awas jugak mana tauk kot2 Runtu yang menyambar. Tengah asyik karau kat sini satu ambush dari sebelah kiri menyerang lure aku hingga melambung ke udara! Wah, main kasar nampak! 2 kali camtu beliau asyik menyerang tapi tak hook-up sehingga aku gunakan teknik twitch & pause lama sikit. Kali ke-3, "Bam!", hook-up kali ini. Yes!





Tak sampai 1kg (anggaran aku dalam 800g gitu), tapi cukup ganas & kuat melawan! Siap bawak main sorok2 dalam rumput lagi. Mujur kali ini aku menggunakan set yang keras sedikit. Bejaya jugak aku tarik beliau keluar.

 




Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R






Close-up.





Aku baling lure atas tebing (kat macam telok belah kanan tu) & tarik pelan2 hingga jatuh ala2 Pandalela buat terjunan. Belum sempat nak karau terus disambar manja... Aku ingatkan Runtu, sekali lagi sang Haruan yang menyambar. Hrmmmmm...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Muat2 jer masuk. Rakus betul!






 LURE(S) OF THE DAY

Harga lama tu (gambar dari arkib). Payah dah nak dapat harga tu lagi.







No comments:

Post a Comment