"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

02 February 2015

ULTRALIGHT (UL): Baby Barra - Salak (Petak) Strike 2/2015


Tarikh: 26/01/2015 (Isnin) 
Lokasi: Salak (Petak), Kuching
Masa  : 08.00am - 12.15pm




Kumpau snakehead pulak minggu nie. Beberapa kali rabut & diselamatkan oleh teratai da... Nasib baik awal minggu tu ada strike main UL. Ada jugaklah untuk report minggu nie...

Memandangkan aku hari ini ada leave 1 hari (sebab derma darah), so aku plan nak test tali Ultralight baru yang aku baru oder dari geng semenanjung. Berapa lb? Hrmmm, kali ini aku downgrade ke 2 lb lak. Tapi tali mono, bukan braided. Kat Sarawak nie memang payah nak cari yang lb kecik camgitu. Lokasi pilihan untuk aku testdrive kat Salak (petak) dengan menyasarkan baby Barra / Selunsong.






Nie ha tali baru tu. Try main 2 lb lak tengok camna feel dia...




 
Suasana selepas hujan & hujan rintis2 mula terasa...





Hanya seekor jer yang aku dapat kali ini. Tak frenzy cam ari tu. Kurang jer sambutan baby barra.





Species: Baby Selunsong / Siakap (Barramundi)
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Shimano, Sienna 500FD
Line: Maxima_Chameleon, 2 lb
Leader: -
Jig Head: Fire Eagle
Lure: SureCatch, Tiny & Hyper Grub
Status: C&R



 
Close-up.





Setelah aku toleh ke bahagian kiri, dari jauh kelihatan "something". Bila aku dekat, rupa2nya tempat nie masih baru kena jarin! Dem, patutlah kurang sambutan. Kalau diperati betul2 dalam gambar nie memang banyak kayu untuk sangkut jaring dipasang. Abis lah port untuk aku mengetest UL pasnie...





Walaupun banyak kali gak jig head / lure aku sangkut & tali aku putus main kat sini tapi aku tak kisah sebab godaan baby barra tu punya pasal. Lepas tu aku gik kat sekitar petak yang berhampiran, memang ada letupan selunsong yang kasar. Tapi kawasan tu banyak sangat reba & tak sesuai sangat guna set UL (tapi aku try gak, degil lah katakan. Sangkut & putus lagi - ambik ko!).






Kesimpulannya, tali nie memang syok boleh terbang jauh. Tapi sikit kesilapan boleh menyebab ianya putus & ada 2 3 kali gak berlaku "birdnest" sebab tali nie halus & ringan. Next time aku try layan kat tempat yang sepatutnya untuk menguji kemampuan tahap maksima tali nie...








No comments:

Post a Comment