"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

20 June 2014

BARRA yang Panas Membara - Lesen Selunsong / Siakap / Barramundi - Strike 1


Tarikh: 14/06/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Port X
Masa  : 6.15am - 2.30pm



Inilah kesinambungan dari entri aku yang lepas (klik sini) yang aku cakap best ari tu. Perasan tajuknya? Tulah storynya. Inilah Lesen Selunsong / Siakap / Barramundi pertama buat aku. Almost  2 tahun aku mencari lesen nie! Syukur dimakbulkan. Akhirnya trip misi mencari lesen selunsong aku tercapai sudah...





Last aku pergi kat sini teruk diselaputi lumut. Sekarang dah bersih.





Another view of Port X.





Walapun pada mulanya aku menyangkakan sambaran dari snakehead, tapi ketika melihat pada tali yang asyik menari hip-hop ke kiri kanan sesekali dengan pecutan, aku dah mula merasakan, comfirm Selunsong!

Dengan cepat aku retrive bc (malas nak main layan2 dulu. Maklumlah lesen hampir 2 tahun tu beb! Rugi kalau terlepas) & semakin dekat jelas kelihatan apa yang aku cari selama ini. Yessssss... berjaya aku naikan ke darat! Wohooooo... Happy giler woo... Walaupun bukan saiz bagak, lesen tu. Syukur alhamdulillah...




Selunsong / Siakap / Barramundi
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-Man "MinnowZ"
Status: C&R






Close-up. Hoh, begitu rupanya rasa tarikan kau ye...





Menahan senyum & kegembiran yang berbunga2 dalam hati.





Aku bernazar jika aku dapat lesen Selunsong, Selunsong tersebut aku lepaskan. Ya, memang aku lepaskan. Akhirnya tertunai nazar aku tu. So, lepas nie awaslah kamu wahai Selunsong, no mercy! Akan aku tapau buat lauk lepas nie. Puhahahaha... (tapi kalau saiz kecik sangat C&Rlah... taklah aku sekejam itu...).

Misi yang terpaksa disingkatkan kerana selepas itu, rod nemesis aku tu patah ketika aku menyentap lure yang sangkut kat semak. Patah pun patahlah. Berbaloilah bagi aku...









No comments:

Post a Comment