"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 December 2012

Battle Sampadi 2012

Tarikh: Sabtu, 10/11/2012
Lokasi: Sampadi, Lundu


Satu pertanding casting “Battle Sampadi 2012” telah diadakan di kalangan member-member casting sekitar Kuching. Tidak banyak hasil yang diperolehi pada hari tersebut kerana “spot-spot” yang hangat telah diletak jaring oleh penduduk tempatan…  Aku sendiri hanya memperolehi Kerapu kecil. Walau bagaimanapun ianya adalah “lesen” Kerapu yang aku idamkan & melayakan aku di tempat yang ke-4. 

Peringatan untuk diriku sendiri, always bring "tanggok". Aku & partnerku berputih mata melihat Alu-Alu yang berjaya melarikan diri walaupun berjaya ditangkap, nasib tidak menyebelahi apabila hendak ditarik ke dalam bot, beliau meronta kuat hingga terlepas dari hook. Seekor lagi berjaya menapau lure stormku - beliau memutus tali pancingku dengan gigi beliau!


Gabungan muka lama & baru...


  Caster yang telibat untuk battle kali ini



Freestyle pose.

Berlepassss...


 My partner, Nizam & Captain today...


Life jacket pinjam. Musti beli jugak nanti...

Alhamdulillah.  Lesen Kerapu Kiut, tomel, kawaiii.... Naisss...!


Kerapu comel yang melayakakn aku di tempat yang ke-4


Line up hero pada battle kali ini, Left - Right;
4th - Me, 1st Samuel Chieng, 2nd - Rifky, 3rd - Bobby