"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 September 2014

Riveria Strike 3


Tarikh: 13/09/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.45am - 12.00pm



Inilah namanya rejeki. Tiada apa2 yang mampu diucapkan melainkan syukur Alhamdulillah. Pagi yang indah ini, aku strike lagi...

Sampai jer kat port, dah ada Uncle & Aunty membottom kat situ. Kemudian datang lagi sorang bro yang nampak gayanya macam caster.



Port Riveria mula meriah...



Uncle membottom dengan umpan ikan & udang hidup.



 
Agak lama sikit sebelum aku strike. Kalau sebelum tu seblum jam 7.00am dah strike, kali ini jam 8.00am lebih baru aku strike. Lokasinya pulak ikan tu menyambar agak jauh dari tebing (sebelum nie dekat2 sepanjang tebing).

Menjadi betul Soft Plastic (SP) kat sini. Sentapan manja2 dari sang penghuni aku "twitch"kan sedikit (seolah2 sp tu hidup) & terus ikan tu mula memecut membawa lari sp. Time inilah baru aku hook-up kuat2. Yes, strike beb!

Tiada aksi akrobatik masa aku fight, terus aku tersenyum - Tetanda (Jenahak) nie bukan Selunsong. Perghhhhh... layan fight & anggaran aku memang 1kg lebih nie. Semakin dekat, memang nampak "tanda" biasa tu. 

Part nak mendaratkan beliau kena hati2 sebab beliau asyik nak melarikan diri kat rumput air liar yang boleh menyebabkan sangkut. Setelah kepenatan, baru beliau surrender & terus aku lip grip. Syukur alhamdulillah, masih lagi "jodoh"ku dengan spesis ini.




 
Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream (1.6kg, 50cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man "MinowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: Tapau buat lauk ;)





Another pose.






Good size, 50cm.







1.6kg. Kali ke-2 aku dapat saiz & berat yang sama.






Kali nie kat tengah2 tu aku strike.





Bro nie yang tolong snap picture aku. Lupa lak nama beliau. TQ bro.





Tambah 2 orang lagi caster yang datang...




Setelah agak lama tiada sambaran, baik aku lunch dulu. Lapar pulak perut. Sambil2 lunch tu tenangkan diri menghayati keindahan ciptaanNya...
Makan makan jugak. Tapi jangan lupa, mata kena scan keliling & telinga kena standby mengesan sebarang bunyi. Hehe...




Weapon always standby in ON mode. Mana tau tetiba ada "letupan"...






Selepas lunch di bawah pokok, aku sambung balik 2nd half. Belum lama selepas itu, member aku si Kelvin Jazz datang melawat. Beliau tak dapat join kali ini sebab terlibat dengan perbarisan Birthday TYT Sarawak.

Tengah asyik berborak tu tetiba 1st time drag aku "menangis" zreeeettttttttt... ditarik sang penghuni. Aku mencari "peluang" sesaat beliau stop memecut. Bila saja dapat peluang tu terus aku hook-up kuat2. Lagi sekali beliau membuat pecutan yang benar2 membuat jantung aku berdegup kencang! Drag memang aku tak nak ketat sangat (boleh meletup tali putus kalau ketat2 tatkala ikan memecut! Biar loose sedikit). 

Sambil melayan tarikan sikit sekali aku ketat drag pelan2. Ibu jari aku aku pulak support menahan spool yang masih bergerak. Panas rasa ibu jari aku. Memang lentur kaw2 mojo aku tu. Kelvin terus mengeluar handphone beliau untuk merakam detik2 cemas tu & tetiba keadaan menjadi tenang & sunyi...

Rabut! Rupa2nya perambut 30lb aku tu putus. Perghhhhhhh... Bukan "tertulis" rejeki yang nie. Apa2pun memang sah ada Megatron kat dalam tu... 





Sebelum balik, snap view dari sini lak. Sempat cast sekali tadi tapi sangkut lak sp aku... Hoh!
 





Lure(s) / Setup of The Day...

Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer) size: 3" + Zerek Weighted Worm Hook + Bell Singker + VMC DYNA Snap














2 comments:

  1. Buat zman minnowz 3", pake worm hook size brp ni? thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas cari dalam folder, tak jumpa maklumat Zerek worm hook tu. Tapi bila worm hook tu habis stock, terus guna worm hook jenama VMC, saiz 3/0, weighted 1.0gm sampai sekarang.
      Lebih kurang sama gak saiz dengan Zerek tu.

      Bell singker lak saiz 1/8 atau kalau nak berat sikit saiz 1/4.

      Delete