"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 September 2014

Riveria Strike 4


Tarikh: 28/09/2014 (Ahad) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.10am - 11.00am



Fiuhhhh... Setelah 2 minggu aku kumpau kat sini sejak last post 13 September lepas (tambah siap ambik cuti 2 hari berturut2 lagi tu pun kumpau!), akhirnya tertulis rejeki hari ini, alhamdulillah... 

Apa yang bertambah menarik, solo cast kali ini aku dapat "Lesen". 1st time aku dapat spesis nie. Macam2 rupanya penghuni yang dok menyewa kat dalam tu & i wonder how many species are there?... Oh My Englishhhhh!




What a view...

    



Mula2 sampai tu rasa sunyi jer. Takde "letupan" yang kasar2. Kecik2 jer bunyi dari kejauhan. Seperti biasa beberapa spot yang biasa ditry, but nothing happen.

Berkali-kali gak aku lempar lure kat spot (dalam gambar 1st tu), masih belum ada sambutan. Kalau tak silap cast kali ke-4 & tetiba lure dibawak lari rilek2 jer cam berjogging... Sabar dulu... biarkan dalam kiraan 1...2...3! Terus sentap kuat2, barulah pecutan ganas berlaku!

Untuk menambah lagi keyakinan hook aku tu benar2 ampuh dalam mulut ikan, sekali lagi aku sentap. Bila dah rasa yakin, barulah aku start melayan "tarian" beliau. Yes, mari berdansa! Sambil2 tu pelan2 aku ketatkan drag bc.

Masih belum sure lagi spesis apa, sebab sekali sekala sekilas pandang tak nampak pulak tanda fingermark kat hujung badan tu. Apa yang jelas ekor nya ada dua kaler - hitam/kelabu & kuning. Bila beliau keletihan menari, barulah beliau timbul & menampakan wajah yang keletihan. Wahhhhh... lesen! Tak tauk lak aku nama ikan nie. Hanya setelah balik rumah aku tanyak kat Pakcik Google, barulah aku tahu nama beliau.




Gerut-Gerut @ Grunter (1.4kg, 45cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: Tapau @ Take Away...






Syukur alhamdulillah... My 1st licence. Tak sangka dapat spesis nie! Orang Sarawak panggil ikan nie Rumpak @ Umpak.






Another pose.







Close up. Z-man "minnowZ" soft plastic lure inside.






Good size, 1.4kg.





Sebelum turun tadi memang tak sempat nak breakfast. So, melantak lah dulu setelah perut berbunyi...






Setelah tiada sambutan, jam pun menghampiri 11.00am, so stop takat nie jer lah. Next time try lagi.






Lure(s) / Setup of The Day...


Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer)soft plastic lure.


Teknik menggunakan soft plastic nie yang selalu aku gunakan sejak mula2 dapat ikan Jenahak tempoh hari aku pelajari dari youtube (Klik sini: Fishing with Storm Trigger X Soft Plastics at Pasir Ris Pond) & memang berkesan bagi aku. 

Baling cam biasa, biar lure tenggelam sampai dasar dulu. Bila dah sampai dasar twitch, twitch (henjut, henjut) dan retrive, retrive (atau +1 retrive lagi). Biar lagi lure tenggelam sampai dasar kemudian ulang retrive lagi. 

Bila agak2 lure semakin dekat baru steady retrive & pastikan hujung rod point kat permukaan air (ke bawah).

Tahap kesabaran nak mempraktis soft plastic tu penting. Mental mula goyah bila member sebelah strike pakai hard lure. Itu dugaan besar bila nak mempraktik penggunaan soft plastic. So, setakat nie memang aku cuba mendisiplinkan diri untuk bersabar & memperbanyakkan penggunaan soft plastic sebab ilmu soft plastic aku tu masih belum ampuh






12 comments:

  1. salam tuan sy mmg penggemar guna SP, terbaik tangkapan tuan, ade sedikit pertanyaan berkaitan rod mojo, dia guna micro guide kan? kalau fg knot lepas ke minta pencerahan tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.
      Terima kasih sebab sudi singgah kat blog yang tak seberapa ini.
      Memang kalau ikut info mojo guna micro guide. Saya hanya gunakan 2 jenis ikatan untuk leader ke main line. (1) FG & (2) Albright special.
      Leader paling besar saya pernah gunakan Yo-Zuri 30lb dengan ikatan FG. So far tidak ada masalah & memang boleh lalu micro guide tu. Yang paling penting hujung FG yg hendak dibakar tu jangan besar sangat (kekadang masa kita retrive baru ada sangkut2 kat micro guide jika hujung yang dibakar tu besar sangat. Masa baling takde lak).
      Ikatan Albright (lagi besar sulaman dia dr fg) dengan leader Yo-Zuri tu pun boleh lalu gak. Harap membantu.

      Delete
  2. Terima kasih atas maklum balas yg cepat dr tuan, bolehkah tuan tunjuk cara perkemaskan tag end fg knot untuk micro guide mojo senang dijadikan rujukan bagi para caster yg ingin membeli rod trsebut.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belajar dari youtube nie tuan:

      FGノットの結び方
      http://www.youtube.com/watch?v=4GOb50aaFl4


      最強ノットマニュアル PEラインとリーダーの結び方 FGノット編-松岡豪之-(566)
      http://www.youtube.com/watch?v=nJkXuh6FyLI


      http://www.youtube.com/watch?v=2e9XgPsWZao


      Take sometime tapi bila dah selalu buat, outomatik nanti kita boleh ejas camna nak kemaskan hujung fg tu. Seboleh2nya pakailah leader yg berdiameter kecik tp poundage besar (20-30 lb).

      Delete
  3. salam tuan pijan...port cantik...mcm2 spesis hg dapat...fuhhhh pedih mata o tgk.... zaman ku masih x hanyir lg..adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm tuan Pone.
      Rejeki tertulis ari tu tuan... Yg penting usaha yg berturusan & berdoa dilupa jangan... Adat mancing tuan, ada masa kumpau, ada masa strike & ada masa kumpau lama balik... (pssttt... Kalau aku takde post tajuk strik riveria tu maknanya kumpau lah minggu tu)..

      Delete
  4. tp ok la pijan..sabah sarawak port best..main muara pn best...fuhhhhhh...gigil.. cni( alor setar) aku slalu main haruan, toman, sebarau, lady, siakap liar jarang sgt..bru penah kna strike 1x siakap, tu pn kna buli truk...last terlucut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ok gak tu. Aku lesen toman, sebarau, lady lom ada lagi nie. Siakap mmg baru seekor curut jer (janji lesen). Semua hasil yg aku dapat sejak join dunia casting (2012) aku share dlm blog nie. Stkt nie belum ada lagi rejeki tangkapan yg berskala Megatron yg boleh aku ketegorikan "Wow!"...

      Delete
  5. bestnya... kat perumahan pun leh strike ikan... ikan pelik lak tu... hihi tempat saya panggil tebal pipi...... sedap ikan no... ikan gerut gerut lain pipinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran. Setelah diselidik semula memang 2 spesisi yang berbeza. Baru nampak perbezaan & info telah diperbetulkan.

      Delete