"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

08 September 2014

Riveria Strike 1



*** No Snakehead Report for 1st week of September 2014***





Tarikh: 01/09/2014 (Isnin) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.45am - 12.45pm



Aku kembali ke port ini setelah sebelum ini asyik kumpau memanjang. Entah dah berapa kali aku ke sini pun aku tak ingat. Yang pasti banyak kali! Seperti beberapa minggu lepas, misi aku ke sini tak lain tak bukan, cubaan mencari lauk special untuk santapan dinner bersama keluarga.

Usaha yang berterusan tanpa mengira erti kumpau, akhirnya berhasil. Alhamdulillah, seekor ikan Jenahak yang belum matang - lebih dikenali dengan nama ikan Tetanda @ Fingermark Bream, tewas juga. Yes!!!





Alahai.... Bertuah benar siapa duduk kat sini. Boleh terus lempar lure dari bilik tido!





Kat sekitar kayu tu memang banyak ikan Belanak - lauk Feberet ikan Selunsong. Ikan Bulan pun banyak gak beriadah kat situ.





Nie saliran utama yang menghubungkan sungai (kat belah seberang kereta tu) ke kolam/ Tasik ini.





Tu ha, ada pintu kecik. Tak payah bukak pun, bila air pasang besar memang melimpah masok ke dalam kolam dari parit utama yang berhubung dengan kolam nie.




Solo cast...





Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream (1.6kg, 50cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: Tapau buat lauk ;)






1.6kg. Inilah tangkapan terberat aku stakat ini untuk spesis ikan camgini. MJ pun aku tak pernah lagi dapat yang berat 1kg & ke atas. Best gak pecutannya. Ala2 MJ.






Close-up with Zman "MinnowZ " Pearl Blue Glimmer Inside.





Pose with me. Wohooo! Osemmmmmm catch!






Balik rumah sebelum aku kerjakan, sukat balik. 50cm...





Seekor lagi ikan Selunsong pulak berjaya melepaskan diri dengan aksi akrobatiknya memutahkan lure sp Z-man aku. Aku rasa kesilapan yang selalu aku buat ketika ikan strike adalah aku terlupa untuk hook-up balik (sentap) membalas strike ikan tu agar mata hook terbenam dalam lagi.

Bak kata kawan aku, kekadang tu kita terkejut & blur ketika ikan strike lebih2 lagi ikan tu memecut & melompat sehingga kita terlupa teknik yang sepatutnya. Mau taknya terlupa, masa fight tu kita cuba mengontrol arah pecutan & pergerakan ikan agar tidak menuju ke reba & sebagainya.







BTW, kat sini sebenarnya kawasan larangan memancing. Hehehe... Mata kena scan 360'. Takut2 jumpa Pak Guard. So, pandai2lah ye. "ENTER YOUR ON RISK!". Yer ke larangan memancing? Bukan Tak boleh Memancing Duduk ke (kena berdiri)? Hehehe...





Moral of the story, jangan give-up walaupun asyik kumpau. Kita tak tahu bila rejeki kita tertulis. Kalau korang memang minat hobi nie, dapat melempar lure pun dah kira syukur lepas gian. Yang lama tak dapat turun pancing tu tahu bagaimana 'perkinson'nya tangan nak pegang joran... 






Lure(s) / Setup of The Day...

Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer) size: 3" + Zerek Weighted Worm Hook + Bell Singker + VMC DYNA Snap


 





No comments:

Post a Comment