"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 September 2014

SHARING Tips: Ejas Lure Katak Soft Plastic (my way...)


Kali ini aku nak berkongsi tips yang sering aku buat kat lure Katak Soft Plastic. Cara nie pun member2 gak yang ajarkan suatu ketika dahulu masa mula2 berjinak pakai lure Katak Soft Plastic

Bila masa berlalu dengan pantas, seiring dengan itu pengalaman & ilmu turut bertambah, sel2 otak pun mula berhubung lalu otomatiknya diri sendiri mula mengejas & adaptasi ilmu yang dipelajari selama ini ke satu tahap lagi... Memang benar, pengalaman banyak mengajar... "Apa benda aku merepek  nie????"




Ok, ni bahan2 yang diperlukan untuk ejas/ modified lure Katak Soft Plastic. 
                                                          
1) Katak Soft Plastic (nie brand feberet aku - SureCatch)
2) Gunting
3) Plier
4) Super Glue (3 second dry. Brand lain pun boleh gak)
  








Original/ fresh/ vergin look... But not for long.





1st Step: Potongkan kaki beliau yang panjang & seksi macam super model tu. Aku takde sukatan yang stendet banyak mana nak kena potong. Aku main agak2 jer & selalu gunakan "sukatan jari" cam dalam gambar tu.





Hasilnya dah tak macam super model lagi sebab kaki pendek. Dah macam Katak Serama. Pun begitu, tujuannya untuk mengelak snakehead target kat kaki jer masa beliau ambush. Yang kita nak dia sambar whole body katak tu...





2nd Step: Yang nie kena tengok situasi gak. Kalau mata hook tu rendah sangat, naikkan sedikit agar senang sangkut kat lelangit/ bibir snakehead masa strike.





Buat jangan terlalu tinggi sangat camni(tapi untuk kes macam nie kalau asyik rabut jer hingga ke tahap korang rasa cam nak terjun tangkap snakehead tu & cekek2 leher beliau seperti yang penah aku alami suatu ketika mula2 dulu. Aku "up"kan tinggi lagi dari nie. Iyelah masih baru berjinak2 & tahap kesabaran lom dilatih lagi. Geram punya pasal! Padan muka snakehead tu.). "Up"kan sikit jer tau. Kita nak lure tu masih weedless. Kalau tinggi sangat up camni nanti sangkut kat rumput/ teratai lak, baru padan muka korang!





3rd Step: Korang bengkokkan ke luar sedikit hook tu. Sebabnya, errr...entah! Sejak aku amalkan camni macam senang jer aku hook up. Perasaan aku jer kot?!!!





Guna jari jer bengokkan pelan2. Tak perlu bengkokkan kuat sangat. Ala kadar jer.





4th Step: Bagi pengamal2 Catch & Release (C&R), aku rekemen sangat2 korang amalkan step nie. Duri @ barb pada hook tu sebaik-baiknya dilipat atau buang terus.





Bila dah lipat atau buang, senang sikit nak tanggalkan snakehead dari hook tu nanti. Lagi pun kecederaan snakehead tu boleh diminimumkan. Senang gak bagi snakehead tu lepas masa tengah fight (yang mana part ini menguji skill individu - Tali kena tegang sentiasa). Apa macam. BERANI? Aku memang buat camni kat semua lure Katak Soft Plastic aku (kecuali lure katak khas untuk aku menoman - sebab aku masih belum ada lesen toman lagi. Hehehe... ;p)





Final Step: Sebaik-baiknya gamkan lagi batu pemberat yang sedia ada. Kadang2 tu ada gak yang batu pemberat nie diorang gam tangkap muat jer awal2 lagi. Lagipun bila dah selalu kena hentam snakehead, boleh menyebabkan batu pemberat nie mudah tercabut.




Done! Itulah sedikit tips yang aku nak sharing dalam blog nie. Kalau korang rasa nak follow, it's up to you. Tiada paksaan. Tapi bagi sesiapa yang masih kumpau tu, cer try... Mana tahu berkesan...








No comments:

Post a Comment