"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 April 2015

Snakehead Report (3rd week of April 2015)


Tarikh: 19/04/2015 (Ahad) 
Lokasi: Belaga
Masa  : 6.00pm - 6.25pm



Percaya atau tidak, aku masih lagi traveling. Kalau ikutkan memang aku dah balik. Tapi arahan last minute dari Bos yang suruh aku cover sekali program di Daerah Belaga. Maka rosaklah program komplot aku dengan geng2 di Miri... Seperti Daerah Kapit, ini merupakan kali pertama aku ke Belaga. Perjalanan lebih kurang 3 jam 1/2 dari bandar Bintulu.

Kali ini aku bersama pihak SPR & stay kat Rumah Rehat Kerajaan. Bila dah rehat2 petang tu, driver (yang macam dah kena racun casting dari aku sewaktu di Bintulu), mengajak casting kat kawasan berdekatan (memang sepanjang perjalanan ada banyak spot yang berpotensi untuk cast snakehead). Agak lewat bermula, on jer lah. Lagipun tengahari esok dah balik ke Miri pulak sebelum next day nya baru balik Kuching.





34 KM lagi baru sampai Belaga. Jalan lurus tu pulak menuju ke Empangan Bakun. Kalau lah bukan kerana tugasan rasmi, mau jer menyimpang ke Bakun tu casting... Dulu2 kalau nak ke Belaga nie diorang pakai jalan balak atau bot ekspres. Sekarang nie dah bertar tapi tak cantik jalannya. Kena drive plan2 sebab kawasan bukit-bukau & gaung beb!





Hah, sine lah kitaorang stay.





Sedikit sejarah FYI...





Nielah spot 1 yang berdekatan.





Cam berpotensi jer spot 2...





Bersama abang driver pejabat SPR yang 'teracun' itu...





Gambar spot 1 tadi kat belah kiri & spot 2 belah kanan (dipisah oleh titi tu jer...).





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Gurb
Status: C&R





Close-up.





Jadilah walaupun seekor jer. Janji tak kumpau.








LURE(S) OF THE DAY


Hinomiya Soft Lure Gurb













No comments:

Post a Comment