"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 September 2018

Unlocked License Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb #1/2018


Tarikh  : 23/09/2018 (Ahad)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.30am - 9.00am



Pernah tak korang rasa cam 50-50 jer nak turun cast? Tak dapat nak bagi 100%, bukan disebabkan sakit ke apa, just rasa malas tetiba. Hah, nie lah yang berlaku kat aku hari nie... Semalam Bapak & Mak mertua aku baru selamat sampai dari menunaikan Haji (alhamdulillah), so bz semacamlah sejak dari hari jumaat lepas. Dan hari nie pulak mem outstation ke Sabah tengah hari nanti. Dalam pukul 10.30am gitu nak kena hantar ke airport. 

Tulah sebabnya kalau diikutkan malas nak cast hari nie. Tapi terbangun jugak pukul 5.45am. Duduk termenung jap di tepi katil, tengah pikir nak on x on cast. Kalau cast pun aku estimate 2 jam jerlah... "Ok, 2 jam pun 2 jam lah. Janji boleh baling lure. Mana tahu ada Tarpon yang sudi", kataku dalam hati...





6.35am aku dah sampai, "terlewat" sedikit sebab terlupa nak ikat leader. Masa dah nak pasang lure tu baru perasan, leader untuk ikat pada clouser minnow & sinker terlupa jugak pasang! Adehhhh, cuai! Ikat punya ikat setup, pukul 6.45am baru mula cast. Kebiasaaannya aku start cast kat tanjung belah kanan tu. Lama jugak main kat situ sampai pukul 8.15am & masih kumpau.





Pastu aku main kat tengah2 nie (& kumpau jugak) sebelum berpindah ke tanjung belah kiri tu pulak.





Bila nampak kelibat boiling kat tengah tu, aku cast cam biasa. Tiada sambutan. Cast  kali ke-2 rasa sesuatu menyambar tapi tak hookup. Cuba cast lagi, tiada apa2 yang berlaku. Kemudian aku cast rambang2 sekitar tengah hingga ke belah kanan aku sebelum aku ulang balik kat sini. Cast kali ini aku perlahankan sedikit retrived & jerk, terus disambar manja2 gitu. Yes, Fish on!... Semakin dekat tiada lompatan, bukan Tarpon nie aku rasa. Bila lihat pergerakannya tetiba memecut, aku mula rasakan baby Toman strike nie. Aku layan baik punya sambil drag menjerit kuat (terlupa kunci drag ke tahap sedang2!  Hampeh, banyak bena perkara yang aku lupa hari nie)...





Alangkah terkejut nya aku bila mangsa semakin dekat & jelas kelihatan, aku daratkan tanpa masalah. Bukan Tarpon, bukan baby Toman, tapi Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb. Wah unlocked license beb! Yoshaaa... seronok sangat!





Species : Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





1st time aku dapat spesis nie. Kat Sarawak ikan nie lebih glemer dipanggil ikan Sultan dari Jelawat. Tak sangka, mahu gak beliau sambar clouser minnow... Setelah sesi fotografi, aku sambung cast lagi kat kawasan berdekatan tempat strike tadi & tersangkut pulak lure aku. Putus! Terus aku putuskan untuk stop cast bila aku tengok jam dah nak pukul 9.00am. Cukuplah 2 jam lebih kurang. Syukurlah ada jugak yang sudi bergurau pepagi nie...










  LURE(S) OF THE DAY





Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser

Sekarang nie aku lebih banyak pakai tali sepanjang 1.5ft sebagai leader pada clouser & sinker. Rasa macam dah jumpa kepanjangan yang ideal.











No comments:

Post a Comment