"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

10 September 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #42/2018


Tarikh  : 09/09/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.45am - 10.45am



Hari nie aku bawak anak2 aku tu mencuba cast Tarpon. Lagipun aku dah janji dengan diorang, jika tak ada apa2 masa cuti sekolah baru boleh ikut aku casting. So, lama jugak dah tak bawak diorang.
Hujan lebat di awal pagi berhenti jugak akhirnya. Aku target cast tak lama. Agak2 sebelum matahari panas membakar stop lah...




Sampai jer kat port belakang rumah Pak Sedara aku air masih besar tapi start surut. Si abang & adik dah excited sangat. Namun Tarpon pulak yang tak sudi bekerjasama. Boiling tu ada lah sikit2. Lama jugak cast kat sini sebelum aku tukar kat port peberet aku aku.




Bila lama dah cast kat port peberet aku (pun kumpau jugak) & kira nak nak balik sebab matahari dah mula nak membakar, aku suruh diorang rehat2 dulu sebab aku nak cast jap. Bukan nya apa, aku tak puas cast sebab si adik belum pandai nak baling lure, so aku yang baling dulu pastu bagi kat dia untuk retrive. Jadi memang kurang amat aku cast... Tah dah berapa kali aku cast kat rumah sebelah belakang rumah Pak Sedara aku nie tanpa hasil, tetiba aku nampak sekawan boiling dari jauh. Secepat itu aku terus cast... Jerk & retrived sedang2 laju & terus disambar sesuatu dengan pantas. Yes, fish on akhirnya...

 


Dari tempat strike tu, aku bawak & "pandukan" ikan tu agar dekat dengan tempat anak aku berehat. Aku nak suruh diorang tengok aksi Tarpon tu buat akrobatik. Memang nasib baik diorang ada tengok & mujur lure tak lucut sehingga selamat didaratkan baru lucut. Excited diorang tengok Tarpon tu melompat2 atas tanah.



 
Species : Ikan Bulan @ Tarpon
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Hanya seekor nie yang berjaya menyelamatkan aku dari kumpau berjemaah. Hahaha... Bila aku cakap time untuk balik, si adik pulak merajuk tak puas hati sebab dia tak dapat ikan. Pulak!!! Kenalah layan karenah dia. Terpaksalah aku ajar dia cara2 baling pakai set aku. 3, 4 round gitu dah boleh dia sendiri yang baling lure & retrived. Puji punya puji bertubi2 pastu baru dia cool down sikit. Barulah dapat balik. Hrmmmm...









  LURE(S) OF THE DAY

Biasanya camnie jer aku ragging lure Rubber Prawn tu. Aku pakai jighead 3g / 5g. Ada jugak yang guna teknik spinfly pun boleh. Pakai le imaginasi macam mana yang korang suka. Bila dekat kepala tu dah koyak besar (hingga hook macam loose jer kat atas kepala), jangan buang terus. Korang cabut hook tu. Kali ini bahagian mata hook kat bawah kaki tu pulak. Masih boleh pakai tu... Tarpon tak kesah!











No comments:

Post a Comment