Tarikh: 28/09/2014 (Ahad)
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa : 6.10am - 11.00am
Fiuhhhh... Setelah 2 minggu aku kumpau kat sini sejak last post 13 September lepas (tambah siap ambik cuti 2 hari berturut2 lagi tu pun kumpau!), akhirnya tertulis rejeki hari ini, alhamdulillah...
Apa yang bertambah menarik, solo cast kali ini aku dapat "Lesen". 1st time aku dapat spesis nie. Macam2 rupanya penghuni yang dok menyewa kat dalam tu & i wonder how many species are there?... Oh My Englishhhhh!
![]() |
What a view... |
Mula2 sampai tu rasa sunyi jer. Takde "letupan" yang kasar2. Kecik2 jer bunyi dari kejauhan. Seperti biasa beberapa spot yang biasa ditry, but nothing happen.
Berkali-kali gak aku lempar lure kat spot (dalam gambar 1st tu), masih belum ada sambutan. Kalau tak silap cast kali ke-4 & tetiba lure dibawak lari rilek2 jer cam berjogging... Sabar dulu... biarkan dalam kiraan 1...2...3! Terus sentap kuat2, barulah pecutan ganas berlaku!
Untuk menambah lagi keyakinan hook aku tu benar2 ampuh dalam mulut ikan, sekali lagi aku sentap. Bila dah rasa yakin, barulah aku start melayan "tarian" beliau. Yes, mari berdansa! Sambil2 tu pelan2 aku ketatkan drag bc.
Masih belum sure lagi spesis apa, sebab sekali sekala sekilas pandang tak nampak pulak tanda fingermark kat hujung badan tu. Apa yang jelas ekor nya ada dua kaler - hitam/kelabu & kuning. Bila beliau keletihan menari, barulah beliau timbul & menampakan wajah yang keletihan. Wahhhhh... lesen! Tak tauk lak aku nama ikan nie. Hanya setelah balik rumah aku tanyak kat Pakcik Google, barulah aku tahu nama beliau.
![]() |
Syukur alhamdulillah... My 1st licence. Tak sangka dapat spesis nie! Orang Sarawak panggil ikan nie Rumpak @ Umpak. |
![]() |
Another pose. |
![]() |
Close up. Z-man "minnowZ" soft plastic lure inside. |
![]() |
Good size, 1.4kg. |
![]() |
Sebelum turun tadi memang tak sempat nak breakfast. So, melantak lah dulu setelah perut berbunyi... |
![]() |
Setelah tiada sambutan, jam pun menghampiri 11.00am, so stop takat nie jer lah. Next time try lagi. |
Lure(s) / Setup of The Day...
![]() |
Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer)soft plastic lure. |
Teknik menggunakan soft plastic nie yang selalu aku gunakan sejak mula2 dapat ikan Jenahak tempoh hari aku pelajari dari youtube (Klik sini: Fishing with Storm Trigger X Soft Plastics at Pasir Ris Pond) & memang berkesan bagi aku.
Baling
cam biasa, biar lure tenggelam sampai dasar dulu. Bila dah sampai dasar
twitch, twitch (henjut, henjut) dan retrive, retrive (atau +1 retrive lagi). Biar lagi lure tenggelam sampai dasar kemudian ulang retrive
lagi.
Bila agak2 lure semakin dekat baru steady retrive & pastikan hujung rod point kat permukaan air (ke bawah).
Bila agak2 lure semakin dekat baru steady retrive & pastikan hujung rod point kat permukaan air (ke bawah).
Tahap kesabaran nak mempraktis soft plastic tu penting. Mental mula goyah bila member sebelah strike pakai hard lure. Itu dugaan besar bila nak mempraktik penggunaan soft plastic. So, setakat nie memang aku cuba mendisiplinkan diri untuk bersabar & memperbanyakkan penggunaan soft plastic sebab ilmu soft plastic aku tu masih belum ampuh!