"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

05 March 2014

DIY: 1st Time Buat Lure JF (Jump Frog)


Ini adalah hasil pertama kali aku membuat JF (Jump Frog) untuk casting snakehead. Penat jugak buat sebab menggunakan tools secara manual. Tiada mesin yang canggih-manggih digunakan. Masih lagi dalam sesi pembelajaran.

Walaupun JF tersebut boleh berenang, namun renangannya tidak seperti JF yang "original". Hrmmm... nampak gayanya kena ejas lagi nie. Lepas aku berjaya mencapai sasaran nanti, akan aku update balik kat sini.




STAGE 1 - Menggunakan JF brand Triton sebagai model.




Stage 2 - Bentuk & apungan.




Stage 3 -  Complete. Rupa dah ada, tunggu nak test drive jer lagi.




Final Stage - Test drive... Boleh berenang & sepatutnya bergerak kedepan, tapi gerakannya lebih kepada kiri ke kanan... Kena post mortem balik.





Kesimpulan:  

Ada lah jugak "pop" tu terhasil tapi gerakan nya tidak lurus (ke kiri & kanan) & JF ini agak ringan 5 gram & 4.5 cm panjang. Kena tambah lagi berat nie. Apa2 pun, percubaan yang baik dari aku sendiri. Try & Error sampai berjaya...






***UPDATED***

12/03/2014 (Rabu)

Setelah post mortem & modified sebanyak 3 kali, hari ini baru dapat aku test drive sekali lagi JF ini. 2nd modified, aku tukar lokasi Tow Point dengan meletak pada atas sekali dengan harapan akan bertambah baik. Tapi sebaliknya makin "mengila Gelek Inul"nya... 3rd time aku modified, aku biarkan Tow Point "Inul" tadi & tambah Tow Point baru yang diletak kat bawah sedikit dari Tow Point yang mula2. Lepas tu baru ok renangannya...

Tapi hari ini aku discovered sesuatu... Walaupun klip aku pakai kat Tow Point "ok" tu, namun masih belum dapat memujuk snakehead keluar dari tempat persembunyiannya. Pastu aku buka klip tadi & pakai kat Tow Point "Inul" & cast kat spot yang sama, wallaaaaaa... Strike seekor! Rupa2nya beliau tak tahan tengok "Gelek Maut Inul" tu! Hahaha...




Tak nampak pulak Tow Point "Inul" tu kat sini. Apa2 pun, mission suksess!








11 comments:

  1. boss..getah kat ekor tu gune material apa ya?klu beli kat kedai pancing mcm agak lembik,x sama mcm dlm gamba ni..tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg beli kat kedai pancing bro. Depend dgn brand & harga bro. Yg nie kalau tak silap harga dlm rm6 lebih (tak ingat brand). Agak mahal gak tp time tu mmg takde pilihan sbb time tu jer stock yg ada.

      Delete
  2. oh ok tq ye..pape pon satu post yg menarik,dan berilmu.

    ReplyDelete
  3. Salam bro...getah warna hijau tu apa nama dia..beli kat mana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...

      Getah tu diorang panggil Getah Skirt jer. Ada gak yang panggil "Bulu Getah". Haha... Biasanya kedai pancing yg jual lure katak ada jual getah nie. TCE tackle kalau tak silap pun ada gak.

      Delete
  4. boss boleh x buat video untuk warnakan katak tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang nie dah malas lak buat DIY JF nie. Senang nak buat warna tu.

      1. Bila dah siap, sapu gam seluruh body kayu supaya jadi kalis air.

      2. Bila dah kering spray dgn warna putih sebagai undercoat. Pastu pakai net yg kat kedai / supermarket jual bawang warna merah/oren tu, tahukan? Masukkan JF tu dalam net & spray ikut warna idaman.

      3. Mata tu leh pakai sticker atau cat kaler hitam. Last sekali bila dah nak kering, guna spray clear & jemur semula sampai kering.

      Harap membantu.

      Delete
    2. clear spray tu digunakan untuk apa ye??

      Delete
  5. Yg kaler lutsinar kat mata kail tue ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tali tangsi (saiz kasar) untuk mengelak mata kail sangkut kat kawasan berhalangan. Yg tu bajet jer... Nak yang lagi baik buat pakai wayar...

      Delete