"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

17 March 2014

DIY: 1st Time Buat Lure AR (Angry Rat)


Kalau minggu lepas, untuk 1st timenya aku DIY lure untuk snakehead jenis JF (Jump Frog), kali ini 1st time gak aku DIY jenis yang lain pulak tapi masih digunakan untuk menaget spesis snakehead jugak iaitu AR (Angry Rat).

Ada banyak nama & gelaran seperti Tikus, Tikus Mondok, Coconut, Walking the Dead, ET (Extreme Twitch) & macam2 lagilah. Tak tahu yang mana satu sebenarnya tepat. MayB lain maker lain namanya. For now pakai ARlah senang.

Lamak gak dah aku usha kedai pancing kat sini menanti ketibaan lure jenis nie, tapi selalunya diaorang oder yang jenis JF tu banyak. Last2 aku tunjuk gambar contoh dari Triton Dessert kat sorang tokey tu & explain dgn beliau serba sikit tentang lure tu. Tak sampai seminggu aku ditext beliau memaklumkan lure tu dah ada kat kedai beliau! Next day aku drift ke kedai tu & beli sebijik yang masih lagi belum beliau display kat rak. Stadylah tokey yang mendengar 'rintihan' rakyat...




Stage 1 - Dengan menggunakan lure TRITON - Dessert, aku mengopy shape tersebut.





Stage 2 - Buat Tow Point & bubuh "susuk" (pemberat) kat dalam badan beliau.





Stage 3 - Test apungan... Hrmmm, agak berat sedikit. Biarkan dulu. Lepas test drive nanti aku post mortem balik.





Stage 4 - Bagi pakai 'uniform' kuning. Aku malas nak perhalus lagi lure nie. Main simbah spray terus. Mata tu pun aku lukis pakai pensel jer.





Final Stage - Tadaaaaaa... Siap tumbuh bulu & hook. Tunggu nak test drive.





Lepas balik kerja, petang tu gak aku buat Field Test. Hasilnya 2 ekor snakehead berjaya dinaikkan. Yahoooo... puas hati bila hasil titik peluh menjadi!
Kesimpulannya, berat lure tu jer aku kena kurangkan. Overall, semua ok. Lepas nie bolehlah aku buat betul2. 



Mission completed...





No comments:

Post a Comment