"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 December 2014

ULTRALIGHT (UL): MANGROVE JACK & Jill - Tambak Pending Strike 1


Tarikh: 27/11/2014 (Khamis) 
Lokasi: Tambak Pending, Kuching
Masa  : 07.30am - 1.00pm



Kalau tak silap aku, dah 2 atau 3 kali aku strike Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah kat Tambak Pending nie. Tapi kali ini special sikit sebab biasanya aku dapat yang berskala di bawah 1kg semenjak aku terjerumus dalam dunia casting. 

Namun akhirnya tercapai gak hasrat aku nak merasa fight MJ 1kg, + aku menggunakan set UL beb! Perasaan tak payah cakaplah, sentiasa berdebar2 dag dig dug...





Surut dah semakin menghampiri tahap maksima. Time nie tinggal aku sorang jer yang casting. Member2 lain yang aku jumpa dah chow ke tempat lain agaknya.







Jangan disangka tengah hari yang panas terik (12pm gitu) & air yang surut tidak berikan. Aku lempar lure dari sisi & biarkan ia hanyut. Sambil2 tu aku retrive pelan2 & twitch sikit2.





Tiba2 drag spinning aku berbunyi dengan kuat! Rod UL aku terus melengkung. Tali terus mutah tanpa dapat ditahan2 lagi. Memang aku buat fitnah MJ punya angkara nie!. Pastu mula nampak sedikit bayangan beliau. Kemudian sekali lagi beliau mengeluarkan turbo & nos!





Wow!!! Comfirm MJ kasar. Fight yang amat hebat. Aku risau gak beliau asyik nak memecut kat batu2. Memang sedaya upaya aku kontrol & layan beliau sehingga akhirnya beliau keletihan terkulai layu...





Nah... apa kau rasa? Oren? Kemenangan berpihak kepada aku. 1-0. Bergetar tangan aku 1st time  set UL aku didera sebegitu rupa. Kejam sungguh! Rasanya aku dah mula dapat feel camna layan guna set UL nie.






Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (41cm, 1.1kg)
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Lemax, 10 lb
Lure: Berkley Powerbait, 3" Power Grub
Status: Tapau





Close-up. Solid hook-up kat joint bibir.





Good size - 41cm.






Yes! Kesampaian jugak merasa strike MJ 1kg. Syukur alhamdulillah...











2 comments:

  1. perhhh ini adalah keracunan toksid, senjata kimia yg melampaui batas batas normal kemanusiaan...bisa menggetarkan kalenjar adrenalin, membengkakkan retina mata.....ahhhh tidakk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Lama dah x strike MJ & MJ Tambak Pending... Panas melampau time nie. Sorg2 lagi tu. Paksa buluh jd tripod...

      Delete