"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 December 2015

Snakehead Report (4th weeks of December 2015)


Tarikh: 23/12/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 2.30pm - 4.30pm




Kalau diikutkan, misi aku nak cast Sebarau hari nie (aku cuti bila Mem traveling), tapi apakan daya, kumpau Sebarau & rabut Bujuk lak. Last2 on the way balik aku target misi membalas dendam Snakehead kat sawah padi port biasa aku...




Beberapa area dah diterjah namun tiada miskol. Ini merupakan tempat harapan yang terakhir. Ada beberapa kali miskol. Kemudian aku meredah sedikit air paras betis untuk sampai kat sini.





Sambaran kali ke-2 akhirnya berjaya mencangkuk mata kail kat mulut Snakehead ini.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Pekka Frog yang mempunyai spinner blade berjaya mengoda Snakehead ini keluar dari rumput berair.





Kemudian aku cast jauh lagi dari tempat Snakehead pertama ambush tadi. Satu sambaran ganas namun rabut pada mulanya. Kali ke-2 aku cast kat lokasi yang sama namun tiada respon. Mungkin dia masih menahan sakit mulut akibat sambaran tidak kemas tadi. Aku baling lagi lure kat tempat lain pulak luar dari zon serangan tadi beberapa kali namun tiada apa2 yang berlaku. Bila agak reda sikit, aku kembali cast kat zon serangan tadi dan kali ini baru beliau menyambar dengan kemas. Yes!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Tangkapan paling besar & kasar dalam misi kali ini. Hilang spinner blade pada Pekka Frog aku. Mungkin ditelannya sekali?





Bila dah tiada lagi sambutan & sebelum aku balik, aku cast kat parit yang agak clear airnya. Tetiba dari rumput yang berhampiran tebing meluru keluar seekor Snakehead menerkam lure aku. Nah ambik kau!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Memandang Pekka frog aku tadi hilang spinner blade, so aku tukar pakai SureCatch Tiny Frog lak.





   LURE(S) OF THE DAY

Beraksi cemerlang. Tapi wire spinner blade tak tahan!







LURE(S) OF THE DAY

1 word - Cemerlang!










 

Tarikh: 27/12/2015 (Ahad) 
Lokasi: Ladang Kelapa Sawit - Empila, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 6.45am - 2.00pm




Tercapai hasarat aku kali ini membawa anak aku cast kat Snakehead Heaven & Paradise - Ladang Kelapa Sawit Kampung Empila. Masa dia kumpau tempoh hari kesian gak kat dia bila dia cakap bawak dia cast kat tempat banyak ikan. Hahaha...
 Apa2pun kali ini puas hati beliau walaupun hanya 5 ekor yang berjaya kami daratkan. 




Wajah excited... Hanya berdua komplot kali ini. 1st time beliau ikut aku gi main kat port nie. Sebelum tu beliau dengar jer cerita aku tentang Snakehead kat sini.





Port pertama... Semakin surut dah.





Kawasan yang berpotensi kalau banjir nie...





"Enjin" beliau masih sejuk. Lain tempat aku suruh cast, lain lak tempat beliau baling lure. Sabar jer lah...





Jauh sedikit aku baling lure kat area nie & 1 miskol. Pastu aku suruh anak aku lak cast kat sini. Hoh, sekali lagi macam2 dah gaya lokasi lure beliau baling. Ishhhhh... payah nak ajar anak umo camgini. Last2 aku demo kat beliau camna...





Nah, sekali cast terus disambar & sepantas itu gak aku retrive tunjuk kat beliau. Tercengang-cengang beliau melihat aku naikan seekor tak sampai 10 saat. Be Patient Luq Skywalker... Watch & learn!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Ditelan kemas.





Sebelum bertukar port kat sini, kat port mula2 tadi beberapa kali gak miskol & rabut kat beberapa tempat berdekatan, sekali lagi aku miskol saiz kasar. Aku suruh anak aku cast kat situ. Beliau strike namun disebabkan beliau tidak bersedia & nampak panik ditekan saiz kasar yang beliau takleh nak pump, last2 rabut juga... Frust beliau dalam muka yang agak2 terkejut dengan situasi tadi. Hahaha...  Ok, kat sini lak kawasan yang sedikit luas & kurang berhalangan, dari tengah tu anak aku cast...





Strike beliau seekor saiz kecil & dengan senyuman beliau cakap kat aku; "Satu Sama...". Oooo... Anak vs Abah lah nie ye? Hrmmm...





Priceless moment... Menjelang tengah hari, kami berdua stop jap untuk lunch kat pondok di ladang nie. Sambil2 tu aku review balik & post mortem apa yang telah kami buat pagi tadi.




Setelah puas berehat, separuh masa ke-2 diteruskan. Port paling osem kalau banjir, kami terjah. Nun dihujung sana aku melempar lure & satu gelombang dari tepi mengejar dengan pantasnya...





Akhirnya strike good size dari yang pertama tadi. Abah mendahului dengan 2-1.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Hook-up kat mulut bawah.





Bergerak lagi kat lokasi berdekatan. Masa tengah cast, satu 'letupan' belah tepi semak secara tetiba. Apa lagi aku, terus menghantar lure ke zon berkenaan...





Yes, Abah terus mendahului dengan 3-1. Bila aku amati balik kat lokasi tadi, rupa2nya ada anak2 Snakehead bermain kat situ. Abang Long kot tengah jaga adik2nya?!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Tak nak lepas!





Pastu dah makin kurang 'sambutan'. Selang beberapa lorong parit kat situ aku dengar sambaran miskol ketika anak aku cast. Cepat2 aku suruh dia baling balik kat lokasi yang sama.





Tetiba aku lihat lure Luqman diterkam ganas, terus beliau membuka kuda2. Kali ini nampaknya beliau dah bersedia walaupun beliau menjerit; "Abah...Abah...!". Seronok sangat aku tengok dia fight hingga terlupa nak snap aksi beliau membuka kuda2. Hahaha... Tak henti2 tangan beliau retrive hingga Snakehead tersebut sangkut kat akar2 kayu. Terpaksa jugak aku turun berendam menyelamat Snakehead & lure. Masa nak sampai kat tebing tetiba Snakehead tu meronta, terlepas dari hook & jatuh dalam air. Refleks pantas dari aku sempat menyambar kepalanya dalam air yang hitam terus aku tikam atas darat. Tergelak2 Luqman tengok. Hoh, nasib baik abah ko nie pantas. Kalau tidak frust lagi kau Nak!





Kedudukan sekarang Luqman - 2, Abah - 3. Pun begitu, beliau menang kerana inilah Snakehead yang paling besar & kasar dalam komplot kali ini. Walaupun aku menang kuantiti, tapi beliau menang Kualiti... Tewas jugak aku ditangan anak sendiri... Belum lama dapat Snakehead nie, tetiba hari hujan. Maka terpaksalah ditamatkan misi kali ini. Bersyukurlah ke-2 dua kami tidak kumpau.






 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini sampai hilang kaki katak dikerja Snakehead. Namun osem gak prestasi katak nie takde kaki.





Wire yang putus hari tu aku dah buat balik. Luqman berjaya naikan Snakehead dengan Pekka Frog ini.








No comments:

Post a Comment