"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

21 December 2015

Snakehead Report (3rd weeks of December 2015)


Tarikh: 20/12/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 8.00am - 11.30am




"Bah, bila gik nak mbak kamek gi ngail?". Itu antara persoalan yang ditagih anak aku. Agak lama jugak aku tak bawak dia gi casting. Selalu aku bagitau dia - cuti sekolah. So, sekarang nie dah cuti sekolah. Maka tibalah masanya...

Kalau ekot plan asal, aku nak bawak dia gi cast kat Ladang Sawit. Tetapi memandangkan tiada maklum balas dari geng aku kat situ, so aku bawak main dekat2 jerlah. Port pertama yang merupakan port biasa aku cast - kumpau. Pastu gi port ke-2 (port dekat Jalan Kampung Pinang sebelum sampai UITM) yang dah lama sangat aku tak terjah...




Wah, lama tak gi dah clear abis dah lumut yang menutupi permukaan... Sayangnya port nie, aku lihat pembangunan dah semakin menghampiri area nie. Hanya menunggu masa jer. Alangkah bagus kalau dibiarkan tanpa "diusik" arus pembangunan. Bayangkan kalau ada Peacock Bass, Toman & Sebarau kat sini. Takpun Large Mouth Bass (ceh melampau imaginasi!).





Pagar tumbang nie masih terbiar tidak dibuang.





Cast bersama beliau akhirnya. 3 jam setengah jer beliau tahan. Pastu ajak balik. Sian gak kat beliau yang kumpau. Tambah2 lagi hari panas membunuh. Next time kita cast kat Ladang Sawit nak...





Kat sini ada "letupan" yang kuat. Tapi sayangnya kedudukan aku yang agak jauh masa tu dan berhalangan. Aku peratikan ada anak2 Haruan bemain2 kat sini. Beberapa kali aku pujuk namun tiada respon dari mama / papa Haruan...





...namun Abang Long mereka yang membaham lure baru aku. Strike seekor & merupakan satu2nya dalam komplot bersama anak aku kali ini.





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Hoh, dibaham dengan kemas!







  LURE(S) OF THE DAY

Lure baru dari EXP - Pekka Frog. Best gak prestasi katak nie. Kalau kawasan tak berhalangan memang syok. Walaupun dengan berat 10g, namun tak dapat nak terbang jauh disebabkan bentuk badannya.






2 comments: