"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 January 2016

Riveria Strike 6 - PENUTUP XTVT 2015


Tarikh: 30/12/2015 (Rabu) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 9.30am - 3.45pm




Hari ini aku cuti sebab nak urus pendaftaran sekolah anak aku. Selepas hantar anak aku ke rumah Penjaga & hantar Mem kerja, terus aku segerakan urusan pendaftaran sekolah. Kira2 jam 9.00 pagi semua urusan selesai.

Pantang ada kesempatan masa terluang, aku penuhi dengan satu2nya hobi tegar yang menjadi tunjang mengisi masa lapang - Casting. Lokasi pertama cam biasa, aku solo ke Riveria dulu...





Hujan rintik2 pun aku casting jua, asalkan tiada kilat. Sampai kat sini memang teramat jarang dah nak dengar bunyi "letupan" ikan pemangsa membaham mangsa... Dah bermacam2 lure aku gunakan & beberapa area diterjah namun tiada miskol. Kemudian terdetik di hati aku nak try cast Ikan Talapia menggunakan lure kecik (aku gunakan Ofmer Wonder yang aku tambah bulu kat hook belakangnya) memandangkan banyak jugak Ikan Talapia kat sini. Beberapa kali gak aku cast namun tiada sambutan...





... sehinggalah aku melihat kelibat Ikan Koi yang sedang berenang & mencari makan berdekatan tebing tak jauh dari tempat aku cast. Sesuka hati jer aku cer try baling lure kat Ikan Koi nie. Pada mulanya ia mengelak ketika lure yang aku baling jatuh atas air kat depan mukanya. Bila lure tu mula singking, tetiba ia buat u-turn & terus gigit manja2 lure aku. Terus aku hook-up dengan memberi sedikit tekanan. Apa lagi, terus ia memecut ke tengah...





Bila teringat hook Ofmer Wonder tu kecik sangat & saiz Ikan Koi nie agak kasar, terus aku loosekan sedikit drag & menggunapakai teknik / kaedah Ultralight yang aku pelajari. Maka bermulalah adegan " lawan tarik tali"...





Lama jugak aku '"melayan" fight Ikan Koi. Bila nampak macam lemah, aku bawak pelan2 dekat dengan tebing tetapi ia memecut balik menuju ke tengah. Berkali2 gak aksi begini berlaku sehinggalah aku merasakan "kuasa"nya yang mula berkurangan, ku pujuk lagi bawak ke tebing...





Yes! Berjaya jugak aku dapatkan "Lesen" yang rare ini. Mungkin inikah penutup tirai casting tahun 2015 aku? Walaupun lama gak aku fight & layan, tapi memang berbaloi dengan hasil yang unSANGKArable sebegini. Puas ati beb!





Species: Ikan Koi
Rod: Storm_Mojo (6-12 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Wonder 50
Status: Sold





Lure Ofmer Wonder yang aku tambah bulu pada hooknya. Tak sempat nak timbang berapa berat sebab timbang aku tak jumpa lak. Dengan panjang 55cm, anggaran aku dalam 2kg atau kurang sedikit. Pada mulanya aku nak C&Rkan Ikan Koi nie sebab tak sampai hati nak makan, tapi ada sorang bro Cina yang melihat aku berselfie dengan Koi nie berminat nak membeli, aku cakap tak sure nak jual. Berkali2 gak dia tanya mahu jual tak, bila aku tengok dia beria-ia sangat nak beli tu, last2 aku jual jugak seperti harga yang dia offer (tak mahal, murah jer). Inilah rejeki namanya. Sekurang-kurangnya sebagai ganti topup beli buku & pendaftaran sekolah anak aku tadi. Syukur Alhamdulillah. Hehehe... Lepas rehat jap tengah hari, aku sambung xtvt dengan member aku Nazri, cast sekitar Kuching. Namun kumpau lak. Agak2 jam dah pukul 3.45pm, aku stop cast & standby nak amik Mem balik kerja...







LURE(S) OF THE DAY

Dalam misi nie aku gunakan Ofmer Wonder kaler Red Head. Kesemua lure aku sekarang nie dah ditambah bulu pada hook kat ekor.





No comments:

Post a Comment