"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

25 January 2016

Snakehead Report (4th weeks of January 2016) - TEST DRIVE: Rod Expert Graphite Carbon Cube, 10-20 lb



Tarikh: 19/01/2016 (Selasa)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 5.45pm - 6.45pm




Seperti yang aku maklum dalam post aku minggu lepas, Misi Kemanusian bagi membantu kawan kepada kawan casting aku yang memerlukan Snakehead bagi tujuan perubatan aku sambung hari ini. Alhamdulillah, misi terlaksana walaupun seekor sahaja good size yang ditapau. Seekor lagi aku C&R sebab tidak memenuhi spec yang melayakan beliau untuk ditapau!





Yes, air ada ok hari nie walaupun awal pagi hujan lebat. Opkos memang banyak kali dah aku post gambar kat port yang sama. Nak buat camna, memang situ port mereka melepak sambil belajar ambush mangsa!




Hoh, selepas berkali-kali cast memujuk, strike seekor saiz yang best buat lauk. Sungguh berani beliau nie buat ambus dari jarak dekat... Anjat Boboi! Kuat gak renangan dia cuba melepaskan diri.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101 
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb 
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Tapau




Walaupun kau tewas di tangan aku, percayalah jasamu tetap dikenang oleh sahabat yang sangat memerlukan. Jasad mu tidak sia2... Qada & Qadar ciptaanNya.





Yang korang tak nampak kat sini terdapat kayu2 mati besar kat dalam tu selain dari teratai yang semakin subur sebagai tempat mengawan, bersembunyi & ambush mangsa yang alpa...





Tapi bila turn ko pulak yang alpa, maka ko lah mangsa itu...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Mojo, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101 
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb 
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R




Yang nie aku C&R balik sebab fizikal dia yang kureng sikit. Kepala lebih besar (macam helmet stormtropper dah aku tengok) dengan badan yang panjang kurus. Tak sampai hati lak aku nak tapau. Nasib ko baik kali ini. Semoga ko menjadi Snakehead yang Sado nanti... Till we meet again! May the Force Be With You...









 LURE(S) OF THE DAY

Masih lagi memikul kudarat sebagai penggoda utama Snakehead walaupun penampilan dah semakin uzur dibelasah dengan rakus.









Tarikh: 24/01/2016 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 4.35pm - 6.45pm





*TEST DRIVE*



Komplot Salt Water land base di Belungei pada awal paginya terpaksa aku pendekkan disebabkan ada perkara lain yang hendak diurus. Tak puas rasanya sebab sekejap sangat cast. Perjalanan pergi jer dah memakan masa hampir 2 jam. Balik lagi. Bila dah sampai rumah, perkara tu dah settle pulak?!!!! Geram betul aku. Wasting my time!

Tunggu petang sikit kasi diri aku sendiri untuk "cool down", aku sambung layan Snakehead. Dan kali ini aku Test Drive rod Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb yang dari tahun lepas lagi aku impikan & usha2 di kedai yang sama (setelah kali ke-3 & tinggal 1 rod tu jer, akhirnya baru tokey kedai tu bagi harga yang ngam2 bajet aku). Rod bagi persedian untuk aku mendapatkan lesen Toman tahun ini.





Rabut saiz curut kat beberapa tempat & ditambah hari yang agak berangin kuat kali ini menyebabkan lure aku tidak landing kat zon yang sepatutnya. Sekali 2 tali aku putus disebabkan sering bergesel dengan padi / lalang / ranting pokok & mistake aku lupa nak cek sebelum cast (awas tali boleh berbulu disebabkan hal begini). Mujur lure dapat diselamatkan. Kat sini lah sambaran membaham yang lure aku.





Akhirnya berjaya jugak dinaikan & merupakan Snakehad tunggal kali ini (BTW, last cast aku rabut saiz mama tak jauh dari tempat nie. Hoh, lepas nie siap kau. You can swim but you can't hide!).




Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Aku bagi kat brader yang bawak anak nya pancing Ikan Puyu





Perghhhhh... Menusuk kalbu.








ULASAN TEST DRIVE:


Pada mulanya aku rasa agak awkward nak cast pakai rod nie. Panjang dari handle ke buntut tu yang masih belum biasa. Nampak macam berat, tapi bila dah di tangan, perghhhhh... ringan! Ciri2 yang memang sesuai untuk main Heavy Cover nie.
Dari segi kekuatan, walaupun belum dikerah untuk full heavy cover, terasa kekuatan rod tu ketika menarik Snakehead yang sangkut kat akar2 rumput air ketika beliau cuba melarikan diri (semi heavy cover).
Main line & leader sahaja yang membataskan aku untuk mengeksperimen full heavy cover & aku perlukan poundage yang kasar lagi untuk setting sepenuhnya nanti. Semakin lama aku cast semakin serasi lak rasanya rod nie.







 LURE(S) OF THE DAY


Si kepala oren aku gunakan. Yang full oren biasa tu akhirnya terkorban setelah body nya semakin koyak rabak & menganggu prestasi renangan.










4 comments:

  1. title mcm silap.carbon cube kot rod tu bang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... Tak perasan lak salah taip.
      Sudah diperbetulkan.
      TQ.

      Delete
  2. katak surecatch ni ok.. tapi ada katak lain lagi ok... surecatch ni curut kengkadang tak lekat sebab getak dia agak keras..

    ReplyDelete