"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

25 August 2014

Snakehead Report (4th week of August 2014)

Tarikh: 20/08/2014 (Khamis) 
Lokasi: Parit Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 5.40pm - 6.45pm



Awal2 lagi aku dah plan untuk menerjah port parit sawah padi yang banjir minggu lepas. Aku harapkan airnya kali ini tidak begitu besar bagi memudahkan tempat untuk aku melempar lure.

Sampai kat situ, kering seperti 1st time aku terjah kat sini dulu. Setelah aku ejas sedikit hook kat katak starlit tu, baru aku puas hati sikit dengan performancenya. Kali ini aku berjaya dengan 3 tangkapan bersaiz kecik. Janji strike & layan.






Kalau sebelum nie aku telah mencuba cast kat sebelah hujung sekali belah kanan gambar nie. Kali ini aku mencuba kat sebelah kiri pulak.




Cuma bila strike saiz kecik pun terasa amat besar sebab snakehead tu terus membenam dirinya bersama lure katak ke dalam rumput2 mati yang banyak kat dalam parit ni. Kena hati2 gak kalau pakai set ringan. Takut rod patah. Lainlah kalau ada set heavy cover game!...





1st catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit Rubber Frog
Status: C&R





Another view.





2nd catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit Rubber Frog
Status: C&R





Close-up.





3rd catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit Rubber Frog
Status: C&R





Close-up.












Tarikh: 23/08/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Sekitar Kuching | Bekas Sawah Padi dekat TUDM baru
Masa  : 6.30am - 5.30pm



Plan last minit aku hari ini kononnya hendak mencari lauk special untuk dinner. Maklumlah lama dah tak makan Selunsong/ MJ/ Kerapu. So turunlah aku main landbase kat beberapa lokasi. 

Namun dah bukan rezeki, almost caught selunsong (nampak dah beliau sambar lure z-man aku tapi kat hujung ekor jer. Kalau kat badan siap dah selunsong tu). Mungkin teknik & pengelaman aku masih belum cukup... 

Kawan aku cakap kalau retrive lure tu kena ada pause gak. Tak boleh terus sahaja retrive. Ini kerana selunsong selalunya akan memfollow dulu & menyambar ketika dipause. Agaknya itu kesilapan yang aku buat tak selalu pause ketika retrive lure (terutamanya lure sp). Akan aku gunakan tip ini nanti...

Untuk menghilang kumpau muktamad, aku gi lah cari snakehead untuk melepas gian. Hanya berhasil dengan seekor tangkapan. Syukurlah tak jadi kumpau. Hoh...!





Kali ke-2 aku ke sini. Cantik port nie.






Luas sebenarnya bekas sawah padi nie. Tapi tulah dah banyak ditumbuhi rumput, teratai...



Cabaran yang dihadapi ketika fight dengan snakehead ini yang akan "ditolong" oleh teratai2 yang semakin banyak menutupi permukaan. Macam mahu kena pakai set Heavy Cover jer...



 

Snakehead

Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit Rubber Frog
Status: C&R                             






Posing kat atas darat pulak.






Close-up.






Last pose before release...






 

2 comments:

  1. cantik amat port tu...tudm baru kt jln lapangan lama kah boss??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semakin ditutupi teratai bro. Tak tahu lah sekarang camna. Lama dah x gi situ. Bukan jln lapangan terbang lama. Kuching-Samrahan expressway. Jalan nak ke menuju simpang empat sebelum; kalau belok kiri menuju ke Siburan/Serian. Kalau lurus menuju Penjara/Puncak Borneo.

      Delete