Tarikh: 14/08/2014 (Khamis)
Lokasi: Parit Sekitar Kota Samarahan
Masa : 5.45pm - 6.30pm
Selesai segala urusan lepas balik kerja & berbekalkan lure katak brand Starlite baru (stok katak peberet aku iaitu SureCatch Tinny Frog, habis stok da... TERPAKSA gak pakai brand nie), aku test gak performance katak nie (not really good compare to katak peberet aku tu). Aku bagi 3*** (rating aku nie dibuat sama cara dengan katak Surecatch di mana barb/duri pada hook tu aku buang/lipat).
Port yang mendatangkan 4 tangkapan hari tu sekarang banjir. Terpaksa aku melempar lure dari jauh sikit & tempat aku melontar tu pun dikelilingi rumput yang agak tinggi. Kena berhati-hati, kalu tidak birdnest!
Ada beberapa kali sambaran tapi kecewa dengan performance lure katak Starlit nie. |
Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Starlit Rubber Frog
Status: C&R
|
Close-up. |
Tarikh: 17/08/2014 (Ahad)
Lokasi: Ladang Kelapa Sawit Empila, Samarahan
Masa : 1.45pm - 6.45pm
Kali ini membawa member yang pertama kali ingin mencuba snakehead kat Ladang Kelapa Sawit Empila.
Amat mendukacitakan, walaupun 3 hari lepas hujan lebat 2 hari berturut-turut, namun masih belum dapat membanjirkan ladang. Kebanyakan hot spot agak kering. Punca yang dikenal pasti - parit telah diclear. Tiada halangan air bergerak lancar.
Tengah2 casting petang tu pun hujan lebat turut menjejaskan sesi pancingan. Nasib baik ada tempat untuk berteduh.

Pendek jer laporan aku kali ini. Casting yang masih belum meriah. Sekurang-kurangnya untuk updatekan blog nie buat pembaca2 yang sudi berkunjung. Till next time....
No comments:
Post a Comment