"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

25 April 2017

Snakehead Report (4th weeks of April 2017)


Tarikh  : 22/04/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kuching / Samarahan
Masa  : 06.45am - 3.30pm




Pagi aku mulakan cast kat tempat wajib - Riveria. Sunyi pagi nie. Tiada tanda2 Tarpon bermain kat permukaan air. Cast punya cast kat satu selekoh, sangkut pulak lure aku kat jaring! Kurang asam boi. Dahlah tak nampak jaring kat situ... Masa aku tarik2 cuba selamatkan lure, ada lah sorang mamat nie yang aku rasa pekerja binaan berdekatan dok perati & aku rasa dia yang punya jaring tu.

Dia: "Abang ada umpan lain?"
Aku: "Ada."
Dia: "Pakai umpan lain bang. Kalau tarik nanti beralih jaring, Marah Orang Punya."
Aku: (Dalam geram sambil menarik2, aku cakap), "Mahal seekor tu!" 
(Bukan berlagak, aku akan cuba selamatkan lure seadanya terlebih dahulu. Kalau dah tak dapat & putus, barulah aku gunakan lure lain. Selagi dapat diselamat... Diam sekejap dia).
Dia: "Eh, ikan ka tu?" (bila aku tarik jaring, terangkat & ternampak seekor Tarpon sangkut kat jaring).
Aku: "Aha, Ikan Bulan."
Dia: (Terus dia turun meredah ambil ikan sambil cakap;) "Ikan orang nie..."
Aku: (Iye ke orang punya, ke ko yang punya?!) "Ko bukak sekali umpan aku tu." (Bejaya dibebaskan)
"Terima kasih ya. Ko angkat sikit ikan tu, aku nak snap gambar."  



 
Bila nampak ikan sangkut kat jaring tu, cepat jer ko melangkah...





Betul ke ikan & jaring orang lain punya? Dah tu apakejadhanya ko sebok bukak? Hrmmm... Apa2pun terima kasih lah sebab rescue lure aku.




Pastu bila dah lama kumpau, aku terjah ke Tambak Bako pulak... Rabut beb! Bukan rezeki aku. Putus mono bergesel dengan batu. Bukan MJ atau Selunsong (Siakap), tapi teori aku rasa Ketutu (sebab dia tak bawak keluar dari tempat kena tu, leh tahan gak kuat dia main tarik-tali dengan aku). 

Bila air dah semakin tinggi pasang, aku plan main kat Semarahan jer cari Snakehead. Time nie tetiba lak kepala aku rasa penin berdenyut2. Boring betul bila time cast kena camgini. Terpaksa aku gi lunch dulu sambil berehat2 untuk mengurangkan rasa pening.

  


Mulanya aku gunakan lure Ey Soft Lure Frog, rabut, kemudian sangkut & putus (ada sambaran ganas berlaku). Pastu aku tukar pakai sp Berkely Power Grub lak.

 


Tak banyak cerita, terus disambar lagi & kali ini aku hooked-up sekuat hati. Nah, dapat pun kau...


 

Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tomman_Tali Hantu (mono), 20 lb 
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Sekali lagi aku ingatkan korang, must have in tackle box sp camgini tak kira brand apa yang korang minat... Always serba guna in any conditions!





Dari jauh aku lihat awan mendung semakin berarak menghampiri beserta bunyi guruh... Kena pendekkan masa cast nie. Lagipun kepala aku masih lagi pening2. Tak selesa betul nak cast.





Kecik tapi ganas melawan. Tangkapan kedua berjaya dinaikan.
  




LURE(S) OF THE DAY

 









 

No comments:

Post a Comment