"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 January 2015

Snakehead Report (2nd week of January 2015)


Tarikh: 10/01/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Parit & Sawah Padi sekitar Kota Samarahan
Masa  : 3.30pm - 5.30pm



Dalam laporan snakehead kali ini, aku nak review penggunaan lure baru untuk cast snakehead. Sebelum nie asyik tengok jer. Tah camna tetiba aku dapat hidayah (chewah...) nak beli & gunakan. 

Dan tujuan utama eksperimen aku nie adalah untuk mengasingkan saiz snakehead yang terlalu kecik daripada strike. So, kira target yang kasar2 jerlah maksudnya. Lure yang aku maksudkan dikenali sebagai Katak Belon @ Balloon Frog. Ada jugak yang panggil Coconut Frog.





Tadaaaaa... Aku beli 3 ekor. Yang pertama nie aku panggil "Cik Pinky". Comel kan? Untuk hari ini hanya Cik Pinky akan beraksi.





Air kat parit nie dah mula surut. Aku test Cik Pinky kat sini. Memang ada kelibat yang ambush dari tepi masa Cik Pinky lalu. Dia follow jer bila sampai dekat, tak jadi dia nak terkam. Terkejut kot tengok saiz Cik Pinky. Attacker tu saiz kecik jer yang selalu "menganggu". Kalau aku guna katak yang biasa tu, comfirm dah ditelannya. Yes, saiz yang aku "tak mau" berjaya dihindari.





Beralih lak kat side sebelah. Kat sini memang takde sambutan. Hanya kelihatan ikan Sepat jer yang bermain2. Snakehead langsung tak nampak kelibat.





Aku bertukar port lak. Kali ini aku melalui sawah padi. Memandangkan musim hujan sekarang nie, saliran (parit) sawah padi dipenuhi air. Agak sukar mencari lokasi yang sesuai melontar lure. Pun begitu, kalau jumpa jangan lepaskan peluang untuk mencuba.





Memang ada yang saiz kasar2 bersembunyi kat sini. Beberapa kali gak lure aku kena ambush. Tapi tak kemas & tepat tangkapannya. Berpotensi sangat tempat cam gini. TAPI AWAS, tali braided yang sering bergesel dengan daun padi nie boleh menyebabkan tali berbulu. Silap2 putus wooo...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Storm Mojo (MOC602ML_6-12 lb 
Reel: Shimano Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna DFC Leader, 20 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: D&K Super Frog
Status: C&R





Close-up. Saiz camgini yang aku nak. Tiada lagi gangguan dari saiz yang masih baby.





Yang ke-2 nie pulak ambush dari bawah teratai. So, bagi dia berposing atas teratai dulu.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Storm Mojo (MOC602ML_6-12 lb 
Reel: Shimano Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna DFC Leader, 20 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: D&K Super Frog
Status: C&R





Close-up.





Ada beberapa kali gak rabut & "miskol". Namun aku berpuas hati dengan prestasi katak nie. Jika diretrive biasa2 jer (perlahan2), pergerakannya macam katak biasa tu. Tapi jika retrive sambil twitch, pergerakannya akan menggila seperti walk-the-dog

Hoh, nampak gayanya boleh untuk menoman gak saiz nie aku rasa. Cuma bila cast & jatuh, gedebuk gak bunyi nya hingga mengejutkan snakehead. So, cast jauh sikit dari strike zone yang diinginkan. 

Lagi satu, mata & pemberat tu kena Super Glue lagi terutama part mata tu yang mudah tanggal. Pemberat lak dia punya cat (untuk elak karat) tak kering sangat. So, gam tersebut dapat melindungi & mengeringkan cat tersebut.




 
Lure of the Day: D&K Super Frog (5cm / 10g). Price: RM10.00 seekor... Aku bagi gelaran "Hulk", "Cik Pinky" & "Snowhite". Hahaha...








5 comments:

  1. Ni kalau awek nampak ni mesti dia suka haha :D

    ReplyDelete
  2. katak ni mmg best, cuma mata mudah tertanggal dari katak.
    tau2 katak dah dok kat leader (mungkin brand ni je kot)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro...Sebab tu aku asal beli katak nie 1st thing to do super glue kat mata & pemberat sebelum digunakan.

      Delete
    2. xsempat nak gam bro. dapat poslaju terus balik kampung. esoknya terus strike. anyway.. kep it up bto!

      Delete