"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 October 2014

Snakehead Report (2nd week of October 2014)


Tarikh: 12/10/2014 (Ahad) 
Lokasi: Riveria Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.30am - 4.30pm



Misi sebenar hendak mencari lauk spesel. Tapi tiada rejeki. Hujan lebat semalam dah macam petunjuk untuk kumpau lauk spesel kat Riveria tu. Memang dah beberapa minggu nie asyik kumpau kat situ setiap kali sehari hujan sebelum trip. Apakah memang faktor hujan yang mempengaruhi tahap kemasinan air kat Riveria yang menjerumus kepada tahap selera ikan menjadi kurang? Wallahualam...

Apa2pun, sebagai pengubat kumpau snakehead yang tak disangka pulak sudi menyambar lure kat situ. Walaupun seekor jer, jadilah buat laporan blog....





Main2 jer lempar kat celah2 rumput berair tu & terus disambar si curut. Lapar sangat agaknya.






Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Exori "Ultra", 40 lb
Lure: Z-Man "MinnowZ" (Electric Chicken)
Status: C&R




 
Close-up - Tahap kelaparan melampau!







Setelah Riveria tiada sambutan, mencuba nasib lak kat Tambak Bako & Tambak Pending. Pun tidak tertulis jugak rejeki kat situ hari ini. 

Sebelum balik rumah, sempat lagi singgah kat port lepas gian snakehead kat Samarahan, kali ni air melimpah lak. Memang main kat dalam lagilah snakehead tu... Ada sekali dua jer miskol & rabut.  Tu pun saiz curut.

Kemudian datang lak beberapa orang Abang Army siap dengan Katak Ori. Sekali dua tikam terus strike! Aishhhhh... Manalah Katak Palsu nak challenge Katak Ori beb! Balik jer lah...





Dah diclear rumput2 yang tinggi untuk diorang tanam padi. Sampai kat tepi tu dah air melimpah.




 

Lure(s) / Setup of The Day...










No comments:

Post a Comment