"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

31 October 2014

ULTRALIGHT (UL) : The Beginning... & Komplot Suai Kenal Rakan Facebook_Miri SIRI 2

Tarikh: 26 & 27/10/2014 (Ahad & Isnin) 
Lokasi: Miri, Sarawak
Masa  : 4.30pm - 6.30pm




26/10/2014 (Ahad)
 
Untuk report blog kali ini aku rangkumkan sekali 2 komplot dalam 1 report di mana komplot pertama aku dan cikgu Zamisma dengan misi menghanyirkan set Ultralight (UL) terbaru aku. Alhamdulillah, berjaya dihanyirkan dengan seekor ikan Bulan.

  
 
Kali ke-2 komplot bersama Cikgu Zamisma.





Port ikan Bulan mengambang. Memang banyak ikan Bulan kat sini & banyak kali gak mis kol tak kemas hook-up.





Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Star Fish Brand, 6 lb
Lure: Kanicen Nix, Elastico, Paddle Shad Tail
Status: Give to uncle in the next picture





Kat uncle tu aku bagi ikan Bulan tadi. Walaupun seekor, misi menghanyir set Ultralight (UL) kira berjaya.





Dari segi prestasi rod ini amat memuaskan. Hanya aku jer yang belum biasa mengurang power sewaktu cast lure di mana lure aku selalu jer overshoot menuju ke atas pokok lah, seberang parit lah & macam2 lagi umpama orang yang baru nak belajar memancing. Maklumlah, sebelum nie pakai bc & cast pun kena kuat. 















27/10/2014 (Isnin)

Selain dari Cikgu Zamisma, aku merancang komplot kali ini (part 2) dengan kenalan FB dari Miri gak yang belum pernah jumpa face to face. Salah seorang daripada geng tersebut merupakan STORM Angler. Nama saintifik beliau ialah Atong Cibuti. Anak tempatan yang mengharumkan nama Miri. Bertuah betul rasanya dapat berkomplot dengan beliau. 

Hanya 1 lokasi yang diterjah. Pun begitu, kawasan tersebut amat luas. Bro Atong pun tak lokek memberi tahu lokasi hot sport ikan Selunsong beliau yang sering bersaiz "wow!".

Kesempatan berkomplot dengan beliau juga aku gunakan untuk belajar & meminta tips yang berguna memandangkan pengalaman beliau yang lebih banyak & lebih dahulu berkecimpung dalam dunia hanyir ini berbanding aku yang baru jer nak "merangkak". Sambil casting, sambil "tusyen". Nasib baik tiada yuran pendaftaran dikenakan beliau. Haha...





Nampak corner kat hujung belah kiri rumah tu? Di sebalik tu lah.





Start berjalan dari hujung dinding putih tu.





Sampai pun... (dari belakang aku) Bro Atong, Cikgu Zamisma & Bro Hipnes





Bro Hipnes yang tengah kosenteret membaca jampi serapah agar ikan Duyong timbul.





Memang mables port nie. Pilih lah kat mana korang nak!





Bro Atong memberi tip cara2 nak kumpau ketahap extreme!





Cikgu Zamisma mengira isipadu air.





Asal penat2 cast takde sambutan, aku selfie. Asal aku selfie, penat2 cast takde sambutan...





Nahhhhh... Hero yang dapat dulu. Kerapu comel pertama.





2nd catch! Kerapu gak...





Pyan yang tetiba keluar dari celah2 timbunan batu, terus cast.





Kerapu ke-3 cikgu kalau tak silap. Ooo... kena pakai baju hampir sama dengan kulit kerapu.





Di akhir majlis, aku kumpau. Miskol kecil jer ada tapi tak hook-up. Menurut bro Atong, keadaan laut kali ini beralun sedikit tidak tenang seperti minggu sebelumnya di mana keadaan tersebut amat digemari Selunsong.





Singgah minum sambil berborak-borak. Inilah peluang aku belajar teori dari pengalaman beliau. Insyaallah, lepas nie banyak Selunsong akan berkawan dengan aku. Puhahaha....





Walaupun aku kumpau, syukur dapat sama2 komplot dengan rakan2 yang selama ini hanya kontek melalui FB. Ada ramai lagi kenalan yang ingin aku komplot bersama tapi disebabkan masa yang tidak sesuai serta dah ada komitmen lain. Insyaallah, next komplot geng!






4 comments:

  1. Assalamualaikum..cnea port ikan bulan ya bro??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Sebelum sampei Institut Perguruan Jln Bakam ya... Parit belah kerek (limpas parit tok ada jln nak dpt tebus nuju ke airport ya).

      Delete
    2. Terima kasih sbb sudi share location..TQ

      Delete