05.12.2013, Khamis
Setelah agak lam aku rest casting lepas waktu kerja, kali ini sampai jer rumah, aku berkemas ala kadar & terus merempit ke port lama dah aku tak terjah. Beberapa tempat aku cast, namun tiada sambutan. Cuba & terus mencuba, sangkut gak seekor snakehead remaja.
1st Catch - Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 15 lb
Leader: Ichiban 60% Flurocarbon, 20 lb
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
|
Close-up.
Setelah kureng sambutan di spot pertama, aku berpindah lagi... Tetiba dari kejauhan aku melihat "titisan hujan" kat air parit tersebut. Pelik? Hujan ke? Lalu aku mendongak langit. Takde gak air hujan jatuh kat muka aku.
Maka dengan senyum lebar.... Zastttttttt.... Encik Katak aku lempar ke luar sikit dari kawasan "titisan hujan" & tak sampai 3 kali jerk retrive, ternampak gelombang besar menuju ke arah Encik Katak & dengan rakusnya Encik Katak "dinodai" - tenggelam dalam kelemasan!
Apa lagi terus aku sentap seayu-ayu Neelofa rod tersebut & wallaaaaa..... terhook-up si mama snakehead! Ternyata tepat sekali tekaan aku bahawa "titisan hujan" itu adalah anak2 snakhead yang sedang bermain & dijaga mamanya.
Close-up.
Posing mau lebih...
Alhamdulillah, kompom 1.1 kg snakehead. Osemmmmmm.....!
*FREESTYLE STREET FISHING*
No comments:
Post a Comment