"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

19 February 2018

Selunsong / Siakap @ Barramundi #1-2/2018

Tarikh  : 17/02/2018 (Sabtu)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa   : 5.20am - 6.00pm



Misi sebenar kali ini target MJ (Mangrove Jack @ Siakap Merah). Lokasi pilihan, Belungei, Lundu. Maklumlah lama dah tempat ini aku tak terjah. Setahun 2  kebelakangan ini agak kurang memuaskan tangkapan MJ aku. Pun begitu, misi kali ini gagal menangkap MJ namun lain pulak hasilnya...





Hoh, dah ada tembok batu penghadang. Selamatlah kawasan perkuburan kat seberang atas tu dari terkena hakisan. Lama bena dah tak ke sini. Jalan utama sebelum masuk ke simpang sini pun dah ok.

 


Yes, on time... Air dah di pertengahan surut aku sampai. Apa lagi start cast lah... Setelah agak lama berulang alik tempat cast, miskol pun tiada. Hairan eh! Cuaca & kondisi air dah cun tapi tak tahu ke mana penghuni dasar menghilang.

 


Sampai port berpotensi nie pun dah dekat amat time surut. Berubah bena kawasan sekitar. Time nie aku masih solo cast. Aku dah informed Comrade Lundu. Sementara menunggu bro Mul datang, aku terus jer cast, namun resultnya tetap sama - 0!

 


Bila bro Mul dah datang, dia mengajak aku cast kat "secret" place spot Barramundi nie. Dia bawak terjah dalam2. Dah beberapa kali gak aku dengan comrade yang lain ke sini & seringkali aku tak hafal jalan yang mengharungi kawasan pokok-pokok bakau dan kawasan yang berlumpur. Kalau aku sorang2 memang aku tak gi sini beb! Seram sejuk wooo... Kena extra alert sebab kawasan nie ada "Abang Long Kawasan" @ "kapal selam"... Bila nampak udang melompat2 & berlari2 bekejaran kat belah kanan kayu yang timbul tu, aku cast berkali2...
  

 

Sampailah lure jenis minnow yang aku pakai diragut pantas oleh penghuni dasar. Terus aku sentap rod & pastikan tali sentiasa tegang. Mulanya aku sangkakan MJ, bila dah nampak kelibatnya meronta2 di permukaan air, sah Selunsong  / Siakap yang strike. Alhamdulillah, rezeki jugak.


 

Species: Selunsong / Siakap @ Barramundi (1st catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Yemulang PE x4, 18 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : Senses_Saviors 50s



 

Walaupun dikira saiz curut, namun ganas juga beliau fight.


 

Bro Mul jugak mencuba di spot yang sama. Namun belum rezeki beliau. Dongibab bro!


 

Masih di lokasi yang sama tapi kali ini di antara 2 batang kayu tu, kejadian yang sama berlaku lagi. 2, 3 ekor udang melompat2 atas air seperti dikejar sesuatu... Terus aku cast kat tengah2 lokasi kejadian. Aku retrive sedang2 laju beserta sedikit jerk, tetiba lure aku disambar lagi...


 

Yes, naik lagi Selunsong yang sama saiz curut dengan yang tadi. Memang syok layan beb, walaupun curut, tang fight tu yang rasa perghhhhhh...! Beza rasa fight wild barramundi. Make sure tali sentiasa tegang, kalau2 beliau membuat aksi akrobatik (tiada aksi akrobatik dari kedua2 mangsa kali ini).



 
Species: Selunsong / Siakap @ Barramundi (2nd catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Yemulang PE x4, 18 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : Senses_Saviors 50s




 
Macam tipis2 jugaklah hook sangkut kat belah kulit luar bibir tu. Nasib baik tak koyak.



 
Agak lama jugak aku & Mul cast. Suasana mula sunyi. Tiada lagi kelibat rancak udang2 melompat di permukaan air. Time nie aku berehat kepenatan & kehausan (mistake air tertinggal dalam kereta!). Aku perati jer Mul cast sampai aku terlelap bawah pokok bakau (mau taknya, pukul 5.00 pagi dah bangun. Driving sorang2, 2 jam lebih nak sampai sini). Jam 1.15pm, Mul kejutkan aku yang tengah bermimpi indah... Tiada hasil katanya (bukan beliau kumpau, ada hasil kerapu kecik2 halus milus jer). Dia mengajak aku beredar. Cukuplah dulu misi kali ini.





  
Masih hidup segar 2 ekor mangsa yang aku tambat tu. Favorite anak aku nie kalau masak stim. Syukurlah, datang jauh2 walaupun dapat saiz curut, dapat jugak buat lauk nanti... Lepas balik dari Lundu, aku sambung pulak layan snakehead. Namun apakan daya, port harapan dah kering kontang pulak. Sampai jam 6.00 petang baru aku balik ke rumah.








 LURE(S) OF THE DAY


Senses Saviors 50s. Hook tu aku tukar pakai jenis single hook.






Aku gunakan brand Mustad Kaiju nie. Memang antara yang terbaik.









No comments:

Post a Comment