"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 May 2017

Riveria & Salak, Kuching


Tarikh  : 21/05/2017 (Ahad)
Lokasi : Riveria & Salak, Kuching
Masa   : 06.00am - 4.00pm



Pagi nie aku mulakan cast di Riveria. Masih lagi sunyi cam biasa... Tarpon & Bandang tidak kelihatan. Aku ada teori, kemungkinan besar Tarpon & Bandang tu dah semakin pupus dibaham "Gangster" Riveria - Barracuda @ Alu-Alu. Belum terdengar lagi khabarnya beliau ditangkap.




Tenang & sunyi sangat... Hanya Tilapia jer yang banyak bermain. Tengah aku cast kat tengah2 tu & time retrived lure, ternampaklah seekor Tilapia jenis menyerang! Baik, time to provoke.





Kacau punya kacau, terfish on lah akhirnya. Yes, strike! Sedang asyik melayan, beliau memecut kat kawasan yang berumput...




Alamak, main sembunyi2 lak. Sangkut lak lure aku. Terpaksa aku turun untuk alihkan rumput2 tu. Awal pagi dah beliau buat seluar aku basah, cis burger betul!




Senyum dalam geram... Naik jugak akhirnya.




Species : Tilapia (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau Spoon_Diamond 5g
Status  : C&R




Hanya seekor nie strike di Riveria. Bila dah lama & tiada lagi sambutan, aku gi kat port minggu lepas... Salak.




Port yang berlumpur & becak! Sedikit keruh kat sebahagian tempat. Ada sesekali Tarpon bermain. Kali ini aku menggunakan spoon yang ringan sikit. Aku cast kat jauh, time retrived dah dekat dengan tebing tetiba sambaran melarikan lure aku. Fish on! Hoh, yang aku nanti2kan... sang Tarpon!

 


Species : Tarpon @ Ikan Bulan (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau Spoon_S 4g
Status  : Tapau buat lauk
 



Macam biasa, spoon yang aku gunakan semuanya aku bukak trible hook & ganti dengan assist hook.




Tempat aku cast tadi kat hujung belah kiri tu, di sebalik daun nipah. Sebelum terjah port lain, aku try cast lagi kat sini. Baru 2 kali cast, terasa lure aku di'ngap' oleh sesuatu!




Yes, baby Selunsong @ Barramundi.




Species : Barramundi @ Selunsong (3rd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau Spoon_S 4g
Status  : Tapau buat lauk



 
Sangkut kat bawah dagu!



 
Port seterusnya, dari jauh kelihatan rancak sikit Tarpon bermain kat sini. Terpaksa aku meredah kawasan yang berlumpur untuk sampai kat tempat "bertenggek" bagi memudahkan aku melempar lure...

 


Ku sangkakan Tarpon yang menyambar. Rupa2nya sekali lagi baby Selunsong menerkam geram...




Species : Barramundi @ Selunsong (4th Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau Spoon_S 4g
Status  : Tapau buat lauk



 
Kemas hooked-up kat mulutnya. Tapi akhirnya spoon aku nie sangkut beb! Terkorban lagi da... Bila aku rasa lapar & hydration semakin kuat, aku blah dulu. Esok lusa aku cast lagi sebab aku cuti. Minggu depan dah nak start posa (puasa), jatuh hujung minggu lak tu. Tulah pasal aku apply cuti. Off season aku cam biasa sepanjang bulan posa nanti.





 

 LURE(S) OF THE DAY

Before & After




Yang nie aku dah bukak trible hook tu & ganti assist hook. Lupa lak aku nak snap pic...










No comments:

Post a Comment