"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 May 2017

Cast Sekitar Kota Samarahan - Kuching


Tarikh  : 14/05/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan - Kuching
Masa   : 05.45am - 6.00pm



Lama kumpau wooo...Baru hari ini ada strike untuk laporan blog. Jiwa aku masih dicengkam bayangan Tarpon @ Ikan Bulan. Riveria menjadi sasaran utama kerana masih terdapat Tarpon bersaiz kasar. Jika bernasib baik, Ikan Bandang pun ada (tapi nasib aku memang tak baiklah...)

Dah 2 minggu aku perati kat Riveria nie Tarpon tak frenzy. Macam hilang jer. Seawal pagi pun dalam suasana yang agak gelap aku cuba gak mencari namun belum lagi berlaku frenzy seperti yang pernah aku nampak dahulu. Adalah jugak sekali tu sambaran yang tidak cun dari penghuni dasar.

Dari pukul 5.45am sampai pukul 9.30am masih lagi kumpau, terus aku tukar ke Plan B. Port yang lama aku tak terjah - Salak.




Time nie air dah mula surut. Nampak cetek dan "berhalangan", jernih seperti tiada penghuni... Mulanya aku gunakan lure Ofmer Wonder untuk "test" respon. Ada seperti kelibat Tarpon cuba menyambar namun tidak tepat. Bekali-kali gak aksi begitu. Last2 aku bencer pakai jig pulak. Aku tahu risiko jig sangkut amat tinggi kat kawasan camgini...





Nah, tanpa menunggu lama. Sambaran pertama dari baby Selunsong @ Barramundi rupanya. Aku ingatkan Tarpon tadi!







Species : Barramundi @ Selunsong (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau_Seabass
Status  : Tapau buat lauk!






Baik punya hooked-up kat mulut tu. Kemas.






Setelah 2 3 kali gak rabut sebab mungkin hooked kat bahagian mulut yang lembut & mudah terkoyak, aku beralih kat tepi sebelah kiri pulak. Lagi dahsyat lagi halangan kat sini! Yang korang tak nampak dalam tu ada lagi saki-baki kayu yang mengorbankan lure Bakau Seabass aku tadi. Arghhhhh... sayang wo lure micro jig tu!






Kemudian aku pakai lure Diamond, jenis spoon (5g) dari jenama Bakau jugak. Lure ringan memang sesuai sebab air yang tidak berarus memudahkan pelbagai aksi jig dipersembahkan. Kali ini semakin hangat sambutan. Sekejap jer terus strike seekor lagi baby Selunsong.





Species : Barramundi @ Selunsong (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau_Diamond
Status  : Tapau buat lauk!





Kemas beb! Mana nak lepas. Besar sikit jer dari yang pertama tadi.






Kali ini semakin rancak. Satu sambaran yang terus meluru bawak lure aku kat bawah ranting2 mati. Stuck lak kat situ. Inilah antara risiko menggunakan jig kat sini. Tambah2 lagi menggunakan 2 assist hook. Satu sangkut kat ikan & satu lagi sangkut kat "halangan". Setelah macam2 cara aku tarik, berjaya jugak akhirnya.






Species : Barramundi @ Selunsong (3rd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau_Diamond
Status  : Tapau buat lauk!





Baik punya mencangkup tu!






Frenzy sungguh kali ini. Walaupun berkali-kali gak rabut & miskol, yang ke-4 nie paling besar di kalangan Selunsong "kecik" tadi. Kuat melawan & membuat aksi akrobatik. Kat tempat camgini jangan sesekali ko "melayan" macam kat tempat yang "clear". Cepat2 ko bawak & hindari halangan. Kalau tak berputih mata beb!






Species : Barramundi @ Selunsong (4th Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau_Diamond
Status  : Tapau buat lauk!





Hook yang tajam, menebus kemas bahagian mulut... Ini merupakan tangkapan aku yang terakhir sebelum Lure Diamond nie terkorban jugak. Selepas cast kat Salak nie, aku ke Kolam Desa Ilmu mencari Toman & Tarpon. Namun sehingga lewat petang, tidak berhasil & kumpau di situ. Syukur 4 ekor Selunsong ini menjadi juadah lauk... Nasib baik aku tak C&R masa mula2 dapat tu. Gerak hati aku cakap ikat hidup dulu. Kalau seekor sahaja & tiada sambutan, baru lepas balik. Rupa2nya frenzy kali ini...






 LURE(S) OF THE DAY

Sebelah kiri rupa asal. Sebelah kanan aku tukar dengan menambah assist hook.


 

Sebelah kiri rupa asal. Sebelah kanan aku tukar dengan menambah assist hook.








 

2 comments:

  1. boleh join casting skali x? bru berpindah ke kota samarahan.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jak bos... Add group FB Kelab Memancing Kuching sarawak & Kuching Caster F.B... Byk juak masterji2 kuching & samarahan dlm ya.

      Delete