"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 February 2016

Back To Basic...


Tarikh: 21/02/2016 (Ahad)
Lokasi: Kampung Tubai Buah, Pakan, Sarikei, Sarawak
Masa  : 8.30am - 9.45am



Kesempatan bertugas semasa traveling ke Sarikei cam biasa aku bawak set pancing just in case. Member2 kat sana dah aku maklumkan jugak. Mana tahu dapat komplot. Ini merupakan kali ke-2 aku menjejak kaki di Sarikei. Kali pertama kalau tak silap aku tahun 2012 atau 2013 gitu. Ohmaigot! Lama giler. Banyak perubahan dah Sarikei nie aku tengok.

Namun kali ini agak kureng bernasib baik disebabkan pagi petang hujan. Hanya sempat cast 10menet gitu jer kat parit yang airnya cam teh tarik kaw sebelum hujan lebat! Opkos kumpau beb! Hari terakhir program, aku sempat bermalam di rumah panjang (pengalaman pertama aku bermalam di rumah panjang!) - rumah family husband kawan aku. Sebabnya kawan aku bercerita yang kat belakang rumah mertua dia nie air sungai fresh water! Terus gambaran Sebarau bermain dalam minda aku... Cis!






Kampung Tubai Buah, Pakan. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Bandar Sarikei (Pic nie time aku nak balik ke Sarikei selepas 2D1N bermalam kat sini).






Suasana rumah Panjang.





26 buah pintu keseluruhan (sebahagian dari 26 yang aku snap).





Macam nie keseluruhan view.





Nie dah kira moden sikit siap bersimen. Kalau yang masih lagi tradisional tak jumpa tar/simen nie.





Husband LG sebelah aku. Bapak mertua LG baju hijau tu. Anak LG tu seronok main kereta sebab "luas" litar dia bermain.





Awal pagi yang hujan. Bila dah reda sikit baru misi bermula.





Kebanyakan kawasan cam nie lah. Sungai yang kecil & cetek.





Adik LG jadi model.
 




Belum lama, terus dia dapat seekor dengan teknik tradisional. Aku lak casting. Kebanyakan tempat tidak beberapa sesuai untuk casting. Di tambah lure aku yang khas untuk Sebarau. Tapi menurut husband LG, payah gak nak jumpa Sebarau kat sini. Yang ada Ikan Entabalang (tak tahu apa nama ikan nie dalam bahasa Melayu).






LG & anaknya.
 





LG & Family.





Bila dah asyik kumpau pakai set moden, aku pinjam set tradisional dari husband LG.





Aku tengah fokus dengan serius! Mau taknya. Asyik adik LG & suami dia jer yang dapat ikan. Hoh, jeles!






Ada aku nampak kelibat ikan yang berkeliaran di sini. Kefokusan aku serius ditahap bom cam nak meletup! Jangan kacau!





Akhirnya terselamat dari kumpau. Yes, senyum sudah. Hahahaha...





Species: Ikan Entabalang (don't know nama rasmi)
Rod: Batang Pokok Ridan
Line: Tali Tangsi No.8
Lure: Cacing Tanah @ Earth Worm
Status: Tapau & goreng (hoh, sedap tau!).





Set Moden vs Set Tradisional... Set Tradisional menang penuh bergaya.





Total catch 6. Aku dapat 1 (no.3 dari atas). Kebanyakan cam nie jer besar ikan tu. Susah nak jumpa besar lebih dari 4 jari.





Nie dia pokok Ridan. Mungkin kat tempat korang lain namanya. Batang yang tua biasanya dibuat rod sebab lebih liat & tahan dari yang muda.





Pokok Ridan nie ada buah. Buahnya cam buah Salak. Boleh dimakan. Tapi yang nie dah over masak. Tak dapat dimakan.




End of short journey. Thank you buat LG sekeluarga atas layanan & pengalaman ini.








 

No comments:

Post a Comment