"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

26 August 2013

Snakehead Report (4th week of August 2013)


25.08.2013, Ahad - Wah, nyaris kumpau snakehead aku minggu ini. Nasib baik hari ini aku bersama Apit Caster komplot ke spot baru bersama Azrin Haruan (Guide), di LADANG KELAPA SAWIT EMPILA, Kota Samarahan, berhasil dengan jayanya. Komplot ini merupakan pertama kali aku casting di Ladang Kelapa Sawit. Memang luas spot nie, tak cukup sehari untuk jelajah keseluruhan.


 Left to Right: Me, Azrin Haruan & Apit Caster.



 Spot Bujuk (Channa Lucius) / Ruanjuk (Channa Bankanensis)??!



 Spot Snakehead just bertentangan dengan spot Bujuk / Ruanjuk.



Selaku tuan rumah komplot kali ini, Azrin merasmikan majlis dengan tangkapan Belao pertama hari ini.



Teringin pulak aku nak merasa makan Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius) / Ruanjuk (Channa Bankanensis) - antara lesen yang belum pernah aku dapat. Entah macam mana dah rezeki aku, si Azrin Haruan berjaya "renew" lesen bujuknya!  1st time aku tengok & pegang bujuk live - 40cm. Wow....! Osemmmmm....! Lalu beliau memberi bujuk tersebut kepada aku! TQ bro...


 Memang Master Sipoo Otai... Azrin dengan Bujuk (Channa Lucius)/ Ruanjuk (Channa Bankanensis).



 Memang osemmmmmm Bujuk / Ruanjuk nie!



 40cm Bujuk / Ruanjuk!



 Kalau tak silap ini tangkapan aku yang ketiga. Tangkpan pertama & kedua aku tak sempat snap gambar.

 

TT Jump Frog (8g) by Siam Spoon, amat mengoda!

 

Pose with me...



Belao 37cm.



Caught by Azrin (L-R) - 2 & Apit -1 (next to Mountain Dew 1.5L).



My 4th belao.



 Banyak spot yang tak sempat diterjah disebabkan kawasan yang agak luas. Next time...



KESIMPULAN:

Antara komplot snakehead yang osemmmmmmmmmmmmmm....! Walaupun usaha aku hendak mendapakan "lesen" Bujuk (Channa Lucius) / Ruanjuk (Channa Bankanensis) & Runtu (Channa Baramensis) belum kesampaian. Pemerhatian aku snakehead kat sini kalau besar saiz botol minuman 1.5L tu memang banyak. Aku rabut saiz yang kasar & bagak tu pun berkali-kali.
Ada kemungkinan disebabkan mulai minggu ini semua "duri" (barb) mata kali pada katak yang aku gunakan telah aku "lipat" (Barbless Hooks) - advantage for the fish & disadvantage for me, agar mudah dikeluarkan & tidak mencederakan snakehead memandangkan most of the time aku amalkan CP&R... 




*Note:-
Masa story ini ditulis aku masih belum dapat mekomfirmkan samada yang tu Bujuk atau Ruanjuk....
More to Bujuk i guess (head shape).... Either 1, kedua-dua spisis nie semakin Rare...

 *Kredit owner this blog...
 
 



No comments:

Post a Comment