Satu-satunya rod customku yang diinspirasikan oleh KOB STYLE
dari Sabah & dipromosi oleh bro Treble Hook Samoi. Memang sesuai
untuk boatbase (& landbase jugak bagiku). Walaupun rod ini dibuat
oleh memberku, Addy, di mana beliau masih lagi dalam proses pembelajaran
namun dibanding dengan rod Treble Hook Samoi original made by KOB,
memang jelas sekali bezanya (hoh, ko kena study banyak lagi D. Siap
repeat paper Custom Rod KOB sem ini. Hahaha...).
Sempat
aku gunakan semasa komplot terakhir 2012 di Kuala Bandang walaupun
belum siap secara keseluruhannya kerana belum lagi menggunakan reel seat
Fuji (bertrigger).
Sekarang dah siap reel seat Fuji bertrigger.
Made from Figo i-POND.
6-15lb syok wooo. Hanya gerakan pergelangan tangan sahaja untuk cast.
Fuji mari....
Seksi lenturannya.