"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

27 January 2017

Snakehead Report (3rd weeks of January 2017)


Tarikh  : 21/01/2017 (Khamis)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 1.00pm - 4.00pm



1/2 day cast jer aku hari nie. Pagi masih ada kerja lain yang perlu diselesaikan dahulu. Sebenarnya hari nie pun rasa malas2 pulak nak cast. "Feel" tu tak datang... memandangkan aku nak cast 1/2 day jer, so aku plan nak layan Snakehead jer lah.

Awal tahun camgini aku rasa lebih kepada nak cast Sebarau. Tak tahu ngapa... Mungkin lesen Sebarau yang masih belum direnew lagi. Port rahsia (tumpang port orang) dah diterjah, tapi asyik kena time hujan & air keroh jer. Hrmmmm...





Korang tengok port parit sawah padi yang selalu aku terjah nie, dah menjadi heavy cover. Selalu aku peratikan caster2 lain kalau diorang datang sini & lihat situasi camgini, terus diorang skip & gi kat parit yang kurang berhalangan...





Tak tahulah sama ada diorang memang sengaja skip atau tak tahu rahsia disebalik heavy cover nie? Kalau aku nampak camgini, comfirm dari jauh aku dah senyum. Ngapa? Sebab...





... Si Dia ada kat situ. Lebih2 lagi bila air semakin cetek, berjemaah mereka kat situ tunggu easy prey! Hanya perlukan sedikit pemerhatian & think like a fish beb! Baling jer lure atas teratai, pastu buat aksi lompat si katak lompat slow2 sampai kat kawasan yang ada opening tu, biar seketika sebelum terjun. Kadang2 sebelum lure terjun terkejut ko tengok lure ko melambung disebabkan serangan gelojah dari bawah teratai tu!





Kesabaran diperlukan untuk memujuk mereka keluar dalam Dunia Gelap Heavy Cover nie. Walaupun 2 3 ekor gak yang berjaya melarikan diri (advantage untuk ikan lah kalau kawasan camgini), namun yang sekor nie berjaya jugak aku daratkan setelah main tarik-tali bersama teratai.





Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Storm _Mojo, 6-12 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon, 20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Close-up... Tak nampak lure SureCatch Tiny Frog aku. Masih kat dalam mulut beliau. Malu lak beliau nak tunjuk! So bagi korang yang masih baru2 berjinak dengan Snakehead nie, kalau jumpa kawasan camgin, jangan biarkan / skip. Cer try dulu. Mana tahu kot2 Megatron yang menunggu..







 LURE(S) OF THE DAY

Spare yang terakhir aku gunakan kali nie kalau tak silap. Nak kena cari lagi lepas nie.








 

No comments:

Post a Comment