"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

11 April 2016

Riveria Strike 01/2016: Selunsong / Siakap (Barramundi)


Tarikh: 03/04/2016 (Ahad)
Lokasi: Riveria (RR), Kuching - Samarahan Expressway
Masa  : 6.15am - 3.15pm




Kali ini sambungan dari report yang lepas - Sesi pagi pulak. Cam biasa, seawal 6 pagi aku bergerak ke port RR - Riveria. Minggu lepas ada gak aku terjah, rabut & hanya sempat merasa 5 saat jer fight. So kali ini aku bersemangat sikit untuk mencuba lagi. Lama gak dah aku tak strike kat RR nie. Kali ini aku masih menggunakan set UL & Fineese.

Kat area pertama baling tiada apa2 yang berlaku. Selepas 15 menet tiada apa2 perubahan & miskol, aku berpindah kat area lain lak. Kat sini sekali baling aku biarkan lure sampai ke dasar dulu. Pastu aku mula retrive sedang2 laju, tetiba sesuatu menyambar & melarikan lure aku dengan pecutan manja2...



... dan ternyata fish on & strike & aktiviti melayan bermula. Pada mulanya masih belum kelihatan spesis apa yang menyambar. Kemudian aku capai kamera phone & snap pic nie (payah wei nak snap dengan tangan kiri!). Baru aku nampak kelibat empunya badan... Selunsong! Aku dah mula tersenyum. Lama gak aku dah tak strike Selunsong. Aku terus kawal pergerakan Selunsong nie. Drag memang aku tak kunci ketat. Aku biar spool BC tu dapat bergerak sedikit jika ditarik ikan.





Memang main tarik tali beb! Beliau tarik, aku biarkan tali keluar sambil2 mengontrol tali tersebut dengan ibu jari. Bila beliau berhenti, aku retrive pulak. Berulang2 proses nie. Kena tenang & sabar bila menggunakan set halus camgini. Setelah 2 3 kali beliau membuat aksi akrobatik & keletihan, pelan2 aku tarik ke tepi tebing dengan hati2 sebab anytime beliau boleh membuat aksi durjana dengan sisa2 terakhir napas & kekuatan beliau. Part nie korang kena alert! Yes, akhirnya berjaya didaratkan. Alhamdulillah.





Species: Selunsong / Siakap (Barramundi)
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Tapau for family





Cantik hook-up kat depan mulut. Kalau kat sisi mulut bahaya sebab dekat dengan pipi beliau yang tajam!





Selunsong nie antara kegemaran anak aku. Baru merasa lauk Grade A lagi. Syukur alhamdulillah.





Hoh, hampir sekilo beb!. Cakap pun tak guna kalau layan dengan set UL & Finesse! Lentok abis rod. Nikmat fight casting & nikmat lauk.





Dalam tengah hari gitu aku rehat jap kat Petronas. Lepas selesai beberapa urusan. Aku kembali lagi. Cuaca cerah hanya sebentar. Kemudian mula bertukar jadi hujan. Aku terus cast jugak dalam hujan renyai2, namun masih kumpau. Hingga bila kedengaran bunyi kilat, baru aku stop sepenuhnya & berpindah ke port DI...







 LURE(S) OF THE DAY

Kecik tapi superb! Hanya bersaiz 2 inci.





TIP(s)

Nie antara cara untuk menangkap Tarpoon, Selunsong & lain2 jika menggunakan jig head camgini. Peratikan kat hujung hook tu, bengkok kan? Ya, memang sengaja dibengkok keluar sedikit bagi memudahkan hook-up.










No comments:

Post a Comment