Tarikh: 04/04/2015 (Sabtu)
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa : 06.00am - 1.45pm
Wahhhhh... Lama lak aku kumpau! Sebab tu takde report. So sorry sebab buat korang tertunggu2. Kali ini misi aku mencari lauk "Grade A" tercapai. Walaupun tak sekasar mana, tapi puas hati lah sebab tak kumpau.
Lokasi pilihan aku kali ini ke Belungei, Lundu. Perjalanan hampir 2 jam dari Kota Samarahan. Lama sangat rasanya aku dah tak terjah kat sini. Memandang member aku si Bujang tak dapat join, so cam biasa aku solo cast.
Bujang memberitahu aku bahawa jalan sekarang nie dah bertar terus sampai kat kilang memproses obor2. Bestnya... Takde lagi extra berjalan kaki 30 minit ke spot. Tapi memandangkan kesilapan aku sendiri, sesat pulak aku sebab aku jalan terus ikut sepanjang jalan bertar (sepatutnya aku belok ke kanan ikut tempat biasa yang ada landmark Rumah Burung Walit tu). Tapi akhirnya setelah dapat menghubungi sorang lagi member aku yang tinggal kat Kampung Pandan, baru aku paham.
 |
Sampai2 dah surut jauh. Ini semua gara2 aku sesat! Aishhhhhh... Rugi masa yang berharga. Sayang woo datang jauh2. Hrmmmmm... |
 |
Hrmmmm.... Ruginya! |
 |
Setelah beberapa kali miskol & rabut, strike yang pertama, Baby MJ (Mangrove Jack) pembuka tirai. |
 |
Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb)
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch 2.5" 3D Eye Shad
Status: Aku bagi kat sorang budak kampung yang turut memancing kat situ
|
 |
Close-up. Perfect hook-up. |
 |
Lebih kurang selepas 30 minit aku casting, ada gak kawan aku datang. Rupa2nya si Bujang telah contect Mul memaklumkan kat dia yang aku casting kat Belungei pagi nie. Tu dia, walaupun demam, sanggup gak dia turun cast. Nak hilang boring katanya... |
 |
Yessssss! Officially my 1st WILD Barramundi. Sekian lama aku mendambarkan wild Barra. Syukur alhamdulillah, walaupun saiz masih kecik. |
 |
Species: Selunsong / Siakap (Barramundi) (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb)
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Grub
Status: Tapau buat dinner...
|
 |
Close-up. Ngam2 masa tarik sampai kat atas pasir terus terkoyak kat hujung mulutnya. Nasib baik tak jatuh kat air masa tu. Kalau tak melepas weiiii... |
 |
Sekali lagi Barra sudi menyambar lure. Gembira bagi aku & sedih bagi Barra sebab beliau bakal jadi lauk jugak. Kihkih... |
 |
Species: Selunsong / Siakap (Barramundi) (3rd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb)
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Grub
Status: Tapau buat dinner...
|
 |
Close-up. Sama kes macam tadi gak. Terkoyak kat hujung mulut & jatuh atas pasir. Rupanya masih lembut kulit kat mulut Barra saiz camgini. Baru aku tahu... Patutlah banyak kejadian bila Barra melompat buat aksi akrobatik asyik terlepas jer... |
 |
Strike terakhir, lagi sekali baby MJ. |
 |
Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (4th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb)
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Grub
Status: C&R
|
 |
Close-Up. Perfect hook-up. |
Agak2 air dah surut sangat & jam pun dah hampir pukul 2.00pm, so cukuplah dulu setakat nie. Lagipun sambaran dah kurang. Semenjak aku cast di Belungei nie pada trip2 yang lepas, trip kali ini yang paling sukses. Banyak miskol & rabut. Tu yang membuat aku rasa puas hati sangat kerana sambutan dari sang penghuninya. Next time nak repeat lagi...
LURE(S) OF THE DAY
 |
SureCatch, Surebite_2.5" 3D EYE SHAD |
 |
Berkley_PowerBait Power Grub, Christmas Lights |