"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

17 February 2014

Snakehead Report (3rd week of February 2014) + KUMPAU Saltwater



Tarikh: 10/02/2014 (Isnin)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 7.00pm



Masa sejam terluang digunakan sebaik-baiknya. Seekor pun jadilah. Asal hilang "perkinson" tangan...





Snakehead

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro "Super 8 Slick", 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON", 30 lb(100% Fluorocarbon)
Lure: Magnum "Killer Frog"




Close-up.



*FREESTYLE STREET FISHING*







Tarikh: 11/02/2014 (Selasa)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 7.00pm



Akhirnya berjaya jugak aku menangkap mama snakehead ini. Geram wooo dah berkali2 sebelum ini beliau berjaya meloloskan diri. Ingatkan besar sangat, just 40cm jer.... SP & lure jenis weedless pun tak berkesan. Last2 aku pakai JF berkipas depan, baru berjaya menewaskannya. Apa2 aku C&R balik bila tengok anak2 nya mode panik. Puhahaha... Puas ati aku!



 
Kat tengah2 tulah spot anak snakehead beriadah...


 

1st catch - 40cm Snakehead

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro "Super 8 Slick", 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON", 30 lb(100% Fluorocarbon)
Lure: Magnum "Killer Frog"




Close-up.




Atlast... Puas ati aku! Puhahaha...
  



Sekarang musim kering. Port nie kalau musim hujan & banjir, memang mablessss... Tapi masih ada penghuni gak.




2nd catch - Snakehead

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro "Super 8 Slick", 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON", 30 lb(100% Fluorocarbon)
Lure: Magnum "Killer Frog"



 
Close-up dengan penghuni tersebut.



 
Kat port sebelah nie memang payah nak pujuk.




Dah berkali gak tak solid hook-up kat sini. Weedless & SP lure dah ditry, tapi masih kental lah snakehead kat sini.




*FREESTYLE STREET FISHING*









Tarikh: 15/02/2014 (Sabtu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan | UNIMAS | Baraj
Masa  : 7.15am - 7.00pm



Kali ini Am membawa aku ke port baru (Jalan ke Kampung Pinang). Kawasan paya yang semakin dihampiri pembangunan! Walaupun tak besar (dengar cerita dulu besar kawasan nie. Sebab diaorang dah buat perumahan, so kena timbuslah sebahagiannya. Yang tinggal tu saki-baki yang mungkin gak bakal ditimbus...), beberapa kali "letupan" terdengar. Sah masih ada megatron agaknya kat situ.




Ok gak port nie.





Banyak lumut (tak nampak) tempat ikan bersembunyi.





Belakang kawasan perumahan. Jengkaut dah makin dekat dengan port nie. Tak tahu berapa lama boleh bertahan. Sayang wooo...





Teroka kat dalam sikit...
 




Selepas beberapa kali melempar sang Putra Katak, tetiba 1 sambaran manja2 ganas & terus aku sentap ala2 belaian jiwa, nahhhh.... suksess jugak aku strike snakehead ini. Osemmmmmm...!



Snakehead

Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro "Super 8 Slick", 20 lb
Leader: YO-ZURI "H.D. CARBON", 30 lb(100% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"





Syukur walaupun seekor jer yang aku dapat...






Close-up.








Setelah beberapa kali gak aku & Am tak hook-up, aku berkira nak terjah Snakehead Heaven Paradise (Ladang Sawit Kampung Empila), namun rakan sekomplot kat situ tak dapat dihubungi. So, sekali lagi Am membawa aku ke port tempat beliau study - UNIMAS. Aku dengar snakehead kat sini bijak2 belaka. Maklum kelompok Snakehead yang masok Universiti... 

Hanya segelintir sahaja students UNIMAS yang tahu tempat Hidden Village of Konoha ini... Komplot kali ini turut disertai oleh Apit.




Paya tersembunyi kat dalam UNIMAS.





Banyak pokok tumbang kat dalam tu & sesuai sangat sebagai tempat snakehead ehem...ehem...ehem...!





Kecik jer tempat tapi just nice bagi kaki casting UNIMAS yang nak lepas gian. Hoh, kalau letak Toman, Peacock Bass & Sebarau kat dalam nie perghhhhhhhh...





Ketika aku meleraikan Birdnest Grade A, Apit berjaya dengan tangkapan snakehead ini. 3 ekor kalau tak silap dia dapat. Am pun dapat gak, tapi aku tak sempat ambik gambar sebab birdnest tu lah! Last2, kumpau aku kat spot nie kerana dah tengah hari tiada lagi sambaran seperti sebelumnya.






Lepas komplot di UNIMAS, sebelah petangnya pulak terus bersambung berkomplot dengan member2 kat Baraj, main saltwater. Komplot yang kumpau ini disertai oleh;

Grand Master of Selunsong - Jasman
King of Udang & MJ - Nazri
King of Belao - Sarip Jaini
King of Bujuk - Man Jaini
King of Penyelak - Sega a.k.a Shimpaku Yamadori (yang datang saat2 akhir).




Grand Master of Selunsong.





King of Bujuk.





King of Belao.





King of Udang & MJ





Air yang terlalu jernih tidak membantu xtvt casting kali ini...





Borak2 sambil "nganyam ketupat!"





Spot peberet Nazri. Pun tidak berhasil kali ini.




Huaaaaaahhhhhhhh... Jam 7.00pm xtvt casting ini diend setakat ini. Full swing 12 jam aku hari ini. Penat membunuh! Mujur komplot kat Baraj nie aku tumpang kereta Sarip & Man. Motosikal aku tinggal kat rumah dia. Apa2 pun, kalau tak strike, kumpaulah jawapnya. Namun "strike" bersama member - Pricelesssssssssssssssssssssssssssss.....!








No comments:

Post a Comment