Tarikh : 23/07/2016 (Sabtu)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa : 5.30am - 2.00pm
Minggu ke-2 bertutut-turut, masih lagi aku mencuba nasib ke Belungei (walaupun bil.2/2016, tak bermakna dari awal tahun - pertengahan tahun aku takde cast kat Belungei nie, tapi kumpau. So malaslah nak buat story...), secara lone ranger lagi sekali memandangkan beberapa kawan aku tak dapat join.
Geng Lundu ada memaklumkan sehari 2 nie ada gak hujan & aku berharap agar kali ini air tu keruh sikit. Tapi bila sampai, masih gak jernih & sejuk. Apa boleh buat, cast jerlah. Kalau ada, adalah...
![]() |
Hrmmmm... Masih lagi jernih. Hujan yang masih belum mampu mengeruhkan sedikit air. |
![]() |
Air mula beransur surut. Aku zoom pic nie masa nak snap. Time nie masih tinggi paras lutut aku berdiri kat dalam air. |
![]() |
Adalah lebih kurang 30 menet aku cast, member aku dari Geng Lundu - Bujang dapat join... Tu pun tak lama dia cast bila bos beliau telefon, terpaksa beliau balik atas faktor kerja... |
![]() |
Layan karan dari spesis kecik tapi membaham sp dengan rakus. |
![]() |
Bila air dah surut betul baru dapat aku gi kat port utama. Adalah jugak nampak "aktiviti" MJ mengejar mangsa. Walapun tak banyak sangat, rabut gak 2 3 kali. Hinggalah seekor yang mebaham ganas, terus aku sentap dengan kuat. Tak besar strike kali ini tapi semangat juangnya yang amat tinggi, bent asyik rod Teton 3-8 lb aku dikerjakan beliau. Syok layan wooo... Tangkapan ke-2 & terakhir (aku balik awal kali ini ketika air mula berbalas pasang - ada urusan lain). |
LURE(S) OF THE DAY