Tarikh : 22/07/2018
(Ahad)
Lokasi : Tabuan Desa | Taman Sukma
Masa : 6.20am - 5.30pm
Tahap menggigil & keracunan melampau bila tengok FB & IG member2 memandangkan minggu lepas aku tak dapat cast disebabkan Mem bekerja dihujung minggu. So minggu nie macam biasa, bangun di kala mentari belum bersinar. Yang tak best nya dah 2 hari hujan lebat berturut2. Paling terok semalam hujan sejak jam 3.00 petang hingga ke tengah malam!
Seperti yang dijangka, kurang sambutan di port utama - Tasik Desa Ilmu. Berlaku jugak masa terbuang disebabkan aku lupa nak buat set-up ragging spinfly/baitfly (lupa nak ikat awal2). Haishhhhhh... cuai betul! Aku sangkakan dah ready semuanya... Aku cast sampai pukul 10.00am & bila dah tiada sambutan, aku ke port Tarpon ke-2 lak, Tabuan Desa...
|
Masa aku sampai air dah mula pasang. Ada kelihatan jugak boiling2 saiz sedap layan. Beberapa kali cast ada jugak yang mengejar & beberapa kali tu jugak sinker yang digigit nya! Geram eh... |
|
Puas jugak memujuk akhirnya seekor bersemangat waja, berani & mintak puji, membaham tepat pada clouser yang aku gunakan! Yes, strike... fish on bebeh! |
|
Beberapa kali aksi akrobatik namun lure mencakup dengan kemas & akhirnya strike seekor saiz layan! |
|
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel :
Shimano_Sienna 1000FE
Line : Ichiban, 20 lbs
Leader : Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure : Clouser (+ sinker size 2.0) |
|
Ba...Ba...Cak! Hehehe... Jelingan tak puas hati!... Lebih kurang sampai jam 12.30pm aku layan Tarpon kat sini & macam dah culas jugak dengan lure. Aku tukar pakai lure lain pun takde lagi yang sudi. Boiling pun dah mula main menjauh. Kemudian aku putuskan untuk ke port tarpon ke-3 lak, Taman Sukma... |
|
Sampai kat Taman Sukma, air agak besar dari biasa. Memang kureng sangat boiling. Boiling cepat - yang aku perati kat sini adalah bila Tarpon tu bernapas dengan cepat. Biasanya kalau nampak situasi camtu teori aku memang kondisi air tek berapa best. Kalau korang jumpa boiling perlahan & berturut2, di mana Tarpon tu bernapas perlahan & kadang2 korang boleh nampak sirip & ekor nya sekali, maka tulah boiling yang dicari2 & ditunggu2 di mana kondisi air sangatlah best! Jangan berlengah, cast jer kompom meriah... Pun begitu jugak, kat sini walaupun jenis boiling cepat, aku agak2 jer arah pergerakannya, cast & retrived laju2 cam biasa, terus disambar sesuatu... |
|
Wow, mahu jugak strike seekor saiz remaja rempit. |
|
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel :
Shimano_Sienna 1000FE
Line : Ichiban, 20 lbs
Leader : Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure : Clouser (+ sinker size 2.0) |
|
Killer sungguh clouser nie. Memang irresistible buat Tarpon!... Memandangkan tak berapa happening kali nie, so aku plan balik semula ket Tasik Desa Ilmu jam 4.00pm. Sampai kat sana, sehingga jam 5.30pm tiada sambutan jugak, so aku stop cast for now. Cukuplah dulu pengubat gigil dengan 2 ekor Tarpon nie...
|
LURE(S) OF THE DAY
|
Clouser killer irresistible! |
|
Sinker. |
Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser
No comments:
Post a Comment