"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 January 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #1/2018


Tarikh  : 14/01/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 6.45am - 6.30pm



Pagi yang indah di Tasik Desa Ilmu. Walaupun terlewat sikit aku sampai, namun kelihatan boiling2 Tarpon lebih sikit dari kebiasaan. Belum sampai tahap boiling frenzy meriah, tapi bolehlah... Pernah tak korang cast bila jumpa situasi "baik punya", tetiba time tulah ko kena birdnest?! Lama pulak tu nak leraikan. Pernah kan? Kan? Kan? Itulah yang terjadi kat aku. Punya situasi dah cun, boleh pulak masalah muncul. Bila ko dah berjaya settlekan, tetiba2 hilang pulak ikan2 tu. Hrmmmm... Stress!!!

Kali ini aku on off cast sebab nak COD lure. Sampai jam 8.30am jer aku cast kat Tasik Desa Ilmu & kumpau Tarpon lagi... Makin bertambah tebal tahap dendam aku kat Tarpon di situ... Kemudian aku COD lure ke Samarahan & ke Kuching. Dah alang2 sampai kat Kuching & COD kat Taman Sukma pulak tu, apalagi, terjah jerlah sungai kat belakang tu....





Time sampai, air dah mula pasang. Sempat jumpa baik punya boiling berdekatan antara satu sama lain. Lure baru (softplastic) aku keluarkan & terus di cast kat tengah2 antara boiling2 tadi...





... selaju cahaya jugak, strike seekor yang membuat aksi akrobatik berkali2 hingga mencederakan dirinya sendiri. Ambik ko eksen sangat! Hahaha... Best weiiii layan akrobatik nie.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Spider_12 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid 25 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail





Tarpon pertama aku bagi tahun 2018. Walaupun geram kat Tarpon Tasik Desa Ilmu, namun terubat jua bila merasa strike Tarpon kat sini.





Nie Masterji Ajid, kazen aku. Beliau pun strike jugak. Tak sempat nak pegang, aksi akrobatik dari dalam air hingga ke atas darat, bejaya juga meloloskan diri! Sib baik sempat snap picture... Ada bukti beliau strike!





Tak jauh dari tempat kazen aku strike tadi, aku lihat boiling besar. Cast kat situ, aku retrived sedang2 laju, terus di sambar & terasa kasar kali ini. Yes, strike saiz amat lazat dilayan! Kalaulah kena time pakai set Ultra Light tempoh hari, perghhhhhh... tak tergambar feeling nya beb!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Spider_12 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid 25 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail





Hook solid kat lelangit beliau. Walaupun berkali2 buat aksi akrobatik, mencakup kemas hook dalam mulutnya. Yang penting tali kena sentiasa tegang. Cukup2 jam 12.30pm, aku stop cast dulu. Nak COD lure di Samarahan lagi sekali. Sempatlah sambung cast kat Tasik Desa Ilmu sampai petang, namun tiada sebarang hasil.








LURE(S) OF THE DAY
 
SOFTBAITS STARTER PACK - Nie lure yang aku pakai & COD tu. Nak ke? (Sila letak dalam komen berapa peket nak) RM10.00 sepeket. Dalam tu ada softbaits Paddle Tail (saiz 5cm) 5 pcs kaler Pearl White, 5 pcs kaler Pink + 2 Jig Head (3.5g). Tak termasok pos. Kalau pos tambah RM5.00 seluruh Malaysia. Tertakluk dengan stock yang tinggal. Time aku updated nie tinggal 6 peket lagi.









11 January 2018

Toman @ Giant Snakehead #4/2018


Tarikh  : 06/01/2018 (Sabtu)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa   : 6.15am - 6.00pm



Baru semalam strike. Ketagih lagi mendambakan strike. Feel tu yang buat layan & menghilangkan segala stress yang melanda. Masih lagi dengan membawa misi mencari Tarpon. Di awal2 tahun camgini terasa malas lak main jauh2 dulu. Cast dekat2 jerlah walaupun kali ini masa cast dah kembali normal cam biasa.





Awal pagi camginilah aku selalu turun. Selalunya time nie mamang Tarpon suka bermain. Belum lama cast, hari start hujan rintis2 pulak. Nasib baik tak lebat. Aku terus cast sampai ke tengah hari tanpa sebarang sambutan dari Tarpon & Toman. Bila perut dah berbunyi & hujan mula lebat sedikit, aku stop untuk lunch dulu.





Sekarang masuk 2nd half time. Lepas 30 minit aku cast dalam hujan rintis2, jumpa lagi boiling baby Toman. Pelbagia lure dicuba sambil buat2 eksperimen. Kali ini aku menggunakan spinner pulak. Cast pertama, tiada apa2 berlaku. Cast kali ke-2 terus sentapan & pecutan padu. Sah saiz mama/papa nie. Adohhhh... dah aku pakai set light jer. Tali hanya 12 lbs. Drag memang tak dapat stop pecutan padu tu. Siap dengan jari aku cuba membantu drag. Dah nak hampir habis tali keluar dari spool, baru berhenti. Memang stuck dalam samai (rumput air). 25 minit aku tak dapat berbuat apa2 keseorangan kat situ. Risau gak bila dah terlalu lama Toman tu tak mengambil napas, boleh lemas nanti. Kemudian member aku Mus kebetulan datang kat situ. Dah 30 minit masa berlalu, dia pun mula risau. Sukarela dia buat keputusan turun berenang cuba menarik Toman yang stuck situ (jauh lagi rupanya tempat Toman tu stuck dalam gambar nie). Setelah mencuba berkali2, akhirnya Mus berjaya membebaskan.





Akhirnya berjaya dinaikkan setelah 45 minit! Sungguh kasar & padu. Time nie memang cepat2 aku cuba mengambil gambar sebab Toman tu masih lemah.





Species : Toman @ Giant Snakehead
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Spider_12 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid 25 lbs
Lure     : Bakau Spinner_Mini Cat





Habis bengkok spinner tu. Snap pic cepat2 Pijan...





Mus pun tumpang bergambar cepat2 untuk kenangan.





Bermulalah misi membantu penafasannya. Berkali2 gak dia membuka mulut dalam percubaan untuk bernafas. Lega sedikit aku & aku rasa ada harapan nie untuk diC&R... Setelah 40 minit aku berusaha, jangkaan aku mula meleset.  Semakin lama semakin lemah pulak jadinya. Terlalu lama stuck dalam samai bagi spesis yang diketahui mudah "rapuh" kudratnya jika dibandingkan dengan saiznya. Memang tiada harapan. Perlahan2 tenggelam terbalik badannya. Sedih jugak bila tidak dapat diselamatkan. Nak makan, tak sampai hati aku. Last2 aku bagi kat sorang caster yang berada kat situ, katanya memang dia sefamily makan Toman tu.





Bila dah tak bernafas, ditimbang buat kali terakhir (4.69kg - personal record setakat nie, terlupa pulak nak sukat panjang) sebelum diberi dengan caster tadi... Sekurang2nya tidak disia2...







LURE(S) OF THE DAY









10 January 2018

Toman @ Giant Snakehead #2-3/2018


Tarikh  : 05/01/2018 (Jumaat)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa   : 7.00am - 11.00am



Hari ke-4 aku bercuti. Setelah 2 hari bertutut-turut kumpau dalam misi mencari strike Tarpon. Bukan takde langsung sambaran, masalahnya sambaran tak cun & kes ikan mencium singker... Kalau dia mencium lure lain lak cerita. Kompom strike jawapnya! 

Dalam pada itu, viral gak FB caster2 Kuching amnya & Samarahan khasnya sekarang nie dengan kes KAKI TAPAU MELAMPAU Toman Tasik Desa Ilmu nie. Hari2 dia turun & tapau anak2 Toman tak mengira saiz. Dari yang masih kecik2 sampailah yang bujang kompom ditapau habis2an! Bila ditanya katanya untuk dimakan. Apakejadahnya dia nak mencekik semua Toman tu? Dia ingat Tasik Desa Ilmu nie besar cam Tasik Kenyir ke? Pahamlah memang ada yang nak mencarik lauk, tapi agak2lah! Takkan saiz yang besar pen maker pun nak makan. Kalau dah dalam tasik nie habis kena tapau, mana lagi nak cari port Toman dekat2 Samarahan nie? Otak tu jangan letak kat lututlah pok!

Tak payahlah aku nak up gambar motosikal & hasil tapau beliau yang member2 caster postkan kat sini. Makin tengok makin marah pulak jadinya. Cukuplah aku cakap memang banyak yang kena tapau. Dari pakai plastik biasa di hari pertama untuk menapau, bertukar ke plastik beras pulak di hari2 berikutnya! Dem!!!






Pagi yang damai tapi masih belum bertemu "saat2 keemasan" Tarpon frenzy.





Bila dah agak lama cast tanpa sebarang hasil & bertukar tempat strategik cast, nampaklah boiling anak Toman di kejauhan tu. Nak cast memang tak sampai. Biar tunggu mereka datang dekat2 sikit.





Bila dah masuk "radar", mulalah aktiviti kacau mengacau & pujuk memujuk mencari saiz rempit buat layan... Memandangkan aku menggunakan lure minnow jenis sinking, aku jerk & twitch sederhana laju. Kalau melebihi had laju yang ditetapkan nanti tak kesampaian pulak baby Toman tu nak kejar... & akhirnya ada jugak yang sudi menjamah lure yang dijamu. Yes, strike!





Tak jelas sangat apa tu kan? Baby Toman tu. Baby pun babylah... Janji strike.





Saiz yang sedap layan dengan set Ultralight. Setelah 2 hari kumpau, hilang giggil...










Species : Toman @ Giant Snakehead (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Eupro_K2 LP55SK




 
Berkali2 gak cuba kacau, hanya seekor nie yang memberi kerjasama. Yang seekor nie cam terpisah jauh sikit dari kumpulan baby Toman tu. Mungkin asyik mengejar lure agaknya.





Masih lagi tiada sambutan dari sang Tarpon. Tukar lagi port cast kat sini pulak. Jumpa lagi boiling. Macam biasa, try kacau boiling yang semakin menuju ke tebing bersemak belah kiri. Kali ini aku menggunakan lure top water.





2, 3 kali gak kelibat meluru & cuba menyambar lure aku. Cast lagi kali ini aku perlahankan gerak twitch & pause jap. Memang membuahkan hasil. Sambaran kemas terasa asyik...





Nah, strike saiz lebih kurang sama dengan yang pertama tadi. Tapi yang nie besar & berat sikit plus memberi tentangan padu serta nampak terserlah ciri2 kurang ajar jika didik dengan sempurna... Ciri2 inilah yang melayakkan mereka digelar Giant Snakehead!





Species : Toman @ Giant Snakehead (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Bossna_Sexy SXY60F






Hasil ke-2 ini merupakan penamat cast sempena cuti extra 4 hari. Syukur dapat merasa tarikannya. Misi Tarpon yang gagal, diganti misi Toman yang berjaya. Esok try lagi sebab hujung minggu - masa sebenar aku cast cam biasa. Memang degil amat Tarpon kat sini. Rekod aku masih lagi strike seekor Tarpon kat sini dalam tahun 2016 kalau tak silap.







 LURE(S) OF THE DAY















09 January 2018

Toman @ Giant Snakehead #1/2018


Tarikh  : 02/01/2018 (Selasa)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa   : 7.30am - 10.30am



SELAMAT TAHUN BARU 2018!!! 

Syukur masih lagi diberi peluang oleh Nya untuk bernafas dan menikmati tahun 2018. Banyak suka duka yang aku hadapi pada tahun 2017 (lebih kepada DUKA, dunia sebenar & lebih kepada SUKA, dunia hanyir). Apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Moga tahun 2018 nie bagi setiap dugaan & kesulitan, aku dikurniaan kesabaran & jalan pennyelesaian...

Alright, sambung dunia hanyir pulak. So, macam biasa, awal tahun aku memang ambil cuti extra 4 hari. Pun begitu peluang bercuti aku hanya cast 1/2 day jer. Lagi balance 1/2 day aku ambil anak aku & jaga diorang. Malas lak nak hantar dulu ke rumah penjaga. Memandangkan masa pendek, so aku gi port dekat2 jer - Tasik Desa Ilmu. Misi sebenar aku sepanjang cuti nie adalah untuk cast Tarpon degil kat situ...





Lepas hujan semalam & di awal pagi. Kureng frenzy pulak Tarpon bermain.





Gambar curik. Kredit photo: Senpai Chia.





Agak lama jugaklah cast tanpa sebarang sambutan. Pastu nampak boiling anak2 Toman, aku cast jer kacau2. Harap2 dapat level rempit jer. Maklumlah aku pakai set Ultralight... Memang jarang amat dah nampak kelibat mama Toman  kat sini. Dah kena tapau agaknya... Pun begitu, saiz asyik layan terstrike jua akhirnya...





Yes, baby Toman merasmi hasil cast pertama aku bagi tahun 2018 & menghanyirkan set baru aku dalam dunia Ultralight.





Species : Toman @ Giant Snakehead
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Clouser






Close-up. Dah start memburu saiz nie. Cepat2lah ko membesar bagai johan... Hanya seekor nie sahaja yang aku perolehi sepanjang tempoh 1/2 day. Esok try lagi cari Tarpon.







 LURE(S) OF THE DAY

Clouser