"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #26-27/2018

Tarikh  : 22/07/2018 (Ahad)
Lokasi : Tabuan Desa | Taman Sukma
Masa   : 6.20am - 5.30pm


 
Tahap menggigil & keracunan melampau bila tengok FB & IG member2 memandangkan minggu lepas aku tak dapat cast disebabkan Mem bekerja dihujung minggu. So minggu nie macam biasa, bangun di kala mentari belum bersinar. Yang tak best nya dah 2 hari hujan lebat berturut2. Paling terok semalam hujan sejak jam 3.00 petang hingga ke tengah malam! 

Seperti yang dijangka, kurang sambutan di port utama - Tasik Desa Ilmu. Berlaku jugak masa terbuang disebabkan aku lupa nak buat set-up ragging spinfly/baitfly (lupa nak ikat awal2). Haishhhhhh... cuai betul! Aku sangkakan dah ready semuanya... Aku cast sampai pukul 10.00am & bila dah tiada sambutan, aku ke port Tarpon ke-2 lak, Tabuan Desa...





Masa aku sampai air dah mula pasang. Ada kelihatan jugak boiling2 saiz sedap layan. Beberapa kali cast ada jugak yang mengejar & beberapa kali tu jugak sinker yang digigit nya! Geram eh...





Puas jugak memujuk akhirnya seekor bersemangat waja, berani & mintak puji, membaham tepat pada clouser yang aku gunakan! Yes, strike... fish on bebeh!





Beberapa kali aksi akrobatik namun lure mencakup dengan kemas & akhirnya strike seekor saiz layan!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)





Ba...Ba...Cak! Hehehe... Jelingan tak puas hati!... Lebih kurang sampai jam 12.30pm aku layan Tarpon kat sini & macam dah culas jugak dengan lure. Aku tukar pakai lure lain pun takde lagi yang sudi. Boiling pun dah mula main menjauh. Kemudian aku putuskan untuk ke port tarpon ke-3 lak, Taman Sukma...





Sampai kat Taman Sukma, air agak besar dari biasa. Memang kureng sangat boiling. Boiling cepat - yang aku perati kat sini adalah bila Tarpon tu bernapas dengan cepat. Biasanya kalau nampak situasi camtu teori aku memang kondisi air tek berapa best. Kalau korang jumpa boiling perlahan & berturut2, di mana Tarpon tu bernapas perlahan & kadang2 korang boleh nampak sirip & ekor nya sekali, maka tulah boiling yang dicari2 & ditunggu2 di mana kondisi air sangatlah best! Jangan berlengah, cast jer kompom meriah... Pun begitu jugak, kat sini walaupun jenis boiling cepat, aku agak2 jer arah pergerakannya, cast & retrived laju2 cam biasa, terus disambar sesuatu...





Wow, mahu jugak strike seekor saiz remaja rempit.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)





Killer sungguh clouser nie. Memang irresistible buat Tarpon!... Memandangkan tak berapa happening kali nie, so aku plan balik semula ket Tasik Desa Ilmu jam 4.00pm. Sampai kat sana, sehingga jam 5.30pm tiada sambutan jugak, so aku stop cast for now. Cukuplah dulu pengubat gigil dengan 2 ekor Tarpon nie...








  LURE(S) OF THE DAY

Clouser killer irresistible!






Sinker.







 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser












09 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #25/2018


Tarikh  : 08/07/2018 (Ahad)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.15am - 6.30pm


 
Dalam kesamaran sang mentari baru nak menyinari alam, seawal 6.15 pagi aku dah tercegat di tasik Desa Ilmu. Baik cuaca pagi ini. Aku peratikan boiling2 yang agak "ok" berbanding minggu2 lepas...




Suasana time kebiasaan aku start cast di Tasik Desa Ilmu... Walaupun cahaya mentari baru nak bersinar, rengit (agas)/nyamuk masih banyak jugak berkeliaran.




Ada sedikit kemeriahan boiling Tarpon di sana sini. Part paling aku geram, time aku dah cast & tengah retived, time tulah si "sirip besar" (spesis yang masih belum diketahui. Ada kemungkinan Bandang @ Ladyfish) tu muncul tak berapa jauh. Haishhhh... Selalu jadi camgini tau! Bila aku dah ready nak cast, sekali lagi "sirip besar" muncul berdekatan jugak, terus aku cast & time tu jugaklah birdnest! Arghhhhhhh... ketahian apakah ini?! Geram wei....!!! Bila dah agak lama cast kurang berhasil, satu boiling kelihatan tak berapa jauh dari tempat aku berdiri nie, dengan cepat aku cast ke situ & retrived laju2. Macam takde respon jer... tetiba lure aku disambar rakus! Yes, fish on...




Pada mulanya dalam samar2 aku ingatkan Toman bujang rempit yang menyambar & memecut laju. Kemudian semakin dekat barulah aksi akrobatik keluar! Perghhhhhhh... kasar jugak kali nie. Aku layan dengan tenang pun lagi sekali beliau membuat aksi akrobatik. Namun akhirnya, berjaya jugak dijinakan! Wohooo... nice catch!




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 3.0)




Yes, 43cm kali ini! Lebih 3cm dari hasil minggu lepas. Takpe, slow & steady insyaallah tercapai jugak target 50cm & ke atas nanti...




Sampai pukul 10.30am camtu tida lagi hasil & boiling2 pun semakin menghilang. Kemudian aku plan nak sambung ke Taman Sukma nanti selepas berehat  kepanasan... Bila aku sampai kat Taman Sukma, besar pulak air! Lama aku lepak kat bawah pokok perati boiling namun boleh dikatakan tiada langsung! Nampak gayanya aku kena patah balik ke Tasik Desa Ilmu... Sebelum tu sempat lagi singgah ke port Tarpon di Tabuan Desa, surut pulak! Hrmmm... Sekali lagi aku sampai kat Tasik Desa Ilmu untuk separuh masa ke-2. Lama lah jugak cast namun tiada boiling yang meriah sampai ke petang. Kalau dulu dah lewat petang banyak jugak boiling. Memang aku perati di sebelah awal pagi lagi meriah kat sini. Bila dah jam 6.30pm, aku putuskan untuk stop setelah 12 jam melayan hobi aku nie. Syukurlah dengan hasil kasar walaupun seekor.








  LURE(S) OF THE DAY

Clouser




Sinker








 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser








06 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #23-24/2018


Tarikh  : 01/07/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.30am - 6.00pm


 
Pagi ini aku plan ke Tasik Desa Ilmu terlebih dahulu. Sampai jer kat port & lama memerhati, masih lagi kurang frenzy boiling Tarpon. Lama betul dah tak nampak saat2 frenzy boiling kat sini... Aku park kat tempat aku cast Tarpon kasar hari Jumaat lepas untuk mencuba nasib.  Adalah jugaklah boiling sekitar & aku cuba cast, retrived cam biasa... terasa seperti sinker pulak yang kena "cium". Ngapalah ko tak cium clouser yang aku pakai... Setelah 2 jam, hanya kejadian tadi yang paling hampir. Kemudian aku pindah port ke Taman Sukma pulak...


Aku terus park kat rumah Pak Sedara aku. Sampai kat sini air pasang dah... Kelihatan boiling kecik2 & sekali-sekala boiling besar bermain sekitar kangkong. Memang port biasa dia main nie... Beberapa kali gak cast & beberapa kali jugak rabut. Kebanyakannya sinker tu jugak yang kena rembat... Kemudian ada boiling kat tengah, aku cast secepat yang boleh & retrived laju2 lagi, terus disambar tepat kat lure kali ini...




Akhirnya strike saiz remaja rempit.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure     :
Hook (+ sinker size 2.0)




FYI, sebenarnya clouser aku dah habis sangkut! Aku tak bawak spare pulak hari nie. Mujurlah ada assist hook pada jig. So aku potong & modified sebagai lure mengantikan clouser.




Bila dah lama cast & tidak berhasil lagi kat port Pak Sedara aku tu, aku tengok boiling banyak kat tempat biasa tu. So aku pindah tempat pulak. Masa cast kat sini, sama jugak kes, singker jugak yang diserang. Aku bukan takde tambah hook kat singker tu, tapi bila aku tambah & cast, leader lak sering sangkut kat hook tu. Pastu aku buka balik hook tu... Aku speed cast cam biasa & strike akhirnya...




Huh, puas memujuk berhasil jugak akhirnya seekor lagi saiz remaja rempit.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure     :
Hook (+ sinker size 2.0)




Akrobatik kat air tidak berjaya, namun akrobatik kat darat baru berjaya memutahkan lure. Namun sudah terlambat. Hehehe... Air yang besar sampai petang dengan boiling yang kurang kali ini menamatkan sesi cast aku untuk minggu nie. Huh, selesai jugak karangan blog aku sepanjang cuti minggu lepas.








 LURE(S) OF THE DAY

Aku modified hook 7 eyes nie sebagai ganti clouser.




Hah, macam nielah jadinya. Mujarab jugak nie. Yang penting masa korang retrived tu kena laju2.
 


  



 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser









05 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #22/2018


Tarikh  : 29/06/2018 (Jumaat)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.30am - 4.00pm


 
Awal pagi nie aku mulakan kat tempat biasa, Tasik Desa Ilmu. Sampai kat sini agak kurang boiling Tarpon. Kelibat Tarpon besar & sekumpulan masih belum kelihatan lagi. Lama dah aku tak tengok situasi tu. Tahap frenzy pun kurang. Kekadang aku tertanya, apakah faktor2 yang menyebabkan?. Nak kata Tarpon nie aktif waktu awal pagi, memang dah selalu awal pagi aku terjah. Adakah faktor selepas hujan yang menyebabkan air sejuk sangat menyebabkan Tarpon kurang aktif? Memang masih banyak yang perlu distudy ilmu menarpon nie...




Tenang dan sunyi kali ini. Ada jugak kelihatan Tarpon bermain namun jauh di sana, di luar kemampuan & capaian cast aku.




Ada jugak sekali-sekala Tarpon tu main dekat, tapi di saat aku "belum bersedia" time tulah dia muncul... Beberap kali cast yang masih tidak berhasil. Kemudian aku lihat lagi Tarpon bermain tak terlalu jauh sangat, aku cast sekuat yang boleh & lure jatuh dekat tempat boiling tu, aku retrived laju2 beserta jerk macam biasa. Tetiba aku merasa sesuatu menyentap ganas lure aku & memecut laju... Terus aku sentap kuat sikit & kali ini fish on! Aku kawal dengan tenang & semakin dekat menghampiri beliau terus membuat aksi akrobatik! Perghhh... kasar kali ini. Mujur hook masih sangkut...




Alhamdulillah... setelah 3 kali membuat aksi akrobatik & berselang-seli dengan pecutan turbo yang mendebarkan, berjaya juga dinaikan seekor saiz yang kasar! Akhirnya setelah lama memujuk, hari ini baru renew kembali lesen Tarpon Tasik Desa Ilmu nie. Last aku dapat Tarpon kat sini pada 2016!




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)




Patutlah lure tak lucut, solid hooked-up. Saiz 40cm. Huhhh... walaupun belum sampai target 50cm, aku pasti kat dalam tasik nie memang ada Tarpon berskala 50cm & ke atas!... Lebih kurang pukul 11.30am gitu hari aku rehat sekejap & akan menyambung semula lepas tengah hari sebab aku buat keputusan untuk terus cast kat sini jerlah sepanjang hari. Kensel plan nak ke Taman Sukma untuk hari ini... Lepas tengah hari hingga ke petang, tiada hasil Tarpon yang ke-2. Cukuplah seekor saiz kasar nie yang membuat aku tersenyum sepanjang hari.







 LURE(S) OF THE DAY

Clouser yang aku gunakan sebagai lure, dibeli dari rakan FB.




Sinker yang membantu clouser untuk "terbang" jauh.









Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser

Ada member yang tanya cam mana lure yang aku gunakan. So, kat sini aku kongsikan "konsep" ragging spinfly tu. Kalau takde clouser korang boleh buat/cari hook yang ada bulu. Paling tidak pun korang beli hook untuk main 7 eye tu. Tambah sinker jer & panjang tali yang digunakan dalam 1 - 2 kaki. INGAT: Retrived laju2 beserta jerk! Kalau masih tak nak, baru guna retrived sedang2 laju, jerk & pause 2 saat gitu...








04 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #20-21/2018

Tarikh  : 28/06/2018 (Khamis)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 7.00am - 3.00pm


 
Masih lagi dalam mode ketagih menarpon. Pun begitu, dah 4 hari jugak aku bawak sekali rod heavy cover sebab nak target Toman jugak masa cast di Tasik Desa Ilmu sambil2 menarpon tu. Buat masa nie dah tak nampak mama & papa Toman. Kekadang sekali-sekala tua adalah melihat Toman bujang amik nafas... Bila dah tiada sambutan kat sini selepas 2 jam, terus aku memecut ke Taman Sukma lagi...




Kali ini aku terus park kat rumah Pak Sedara aku. Time sampai air baru nak start surut.




Kurang jugak boiling. Adalah jugak sekali-sekala tu sambaran & rabut. Bila dah lama takde sambutan, aku start kerjakan rumput lalang & kangkong. Bagi clear sedikit untuk lokasi melanding ikan nanti. Pastu aku sambung balik cast. Aku gunakan jig kali ini dengan teknik speed cast. Aku karau laju2 beserta jerk & sesuatu membaham lure aku...




Yes, berjaya dinaikan kat tempat yang aku clear tadi walaupun beberapa kali membuat aksi akrobatik.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Bakau_Speed Jig, 3g




Fuh, cedera... sangkut kat tepi mulut saiz remaja rempit.




Kebanyakan boiling aku lihat kecik2 jer. Ada boiling yang besar2 tapi agak jauh kedudukannya. Bila nampak lagi boiling sekitar kangkong tu aku cast & karau laju2 beserta jerk (penat wei karau laju2 sebab ratio spinning aku hanya 4.7:1. Kalau guna spinning ratio tinggi baru sedap layan teknik nie) macam tadi jugak, nampak ombak mengejar laju...




Strike lagi saiz remaja rempit tapi besar sedikit dari yang tadi.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Fishingking 210 (telescopic), Medium
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Special Line, 4 lbs
Lure     :
Bakau_Speed Jig, 3g




Biasalah, akrobatik kat darat baru berjaya memutahkan lure... Kemudian boiling dah semakin kurang & tinggal boiling yang kecik2 jer. Bila dah agak lama cast & tiada hasil lagi, aku stop dulu untuk hari ini.









LURE(S) OF THE DAY


Asalnya macam nie dengan trible hook berbulu. Kemudian aku modified tambah 1 single hook kat atas & tukar dengan single hook kat bawah.