Tarikh: 26/12/2014 (Jumaat)
Lokasi: Tambak Pending, Kuching
Masa : 08.00am - 4.00pm
Hari
ini alang2 hari Jumaat, aku amik cuti. Tapi masih gak hantar / amik
mem kerja. Bagi mengisi sisa2 masa lapang aku casting kat port dekat2
jer. Malas nak gi jauh sebab masa pendek, maklumlah hari Jumaat.
Di antara waktu pagi & petang tu, hanya tengahari baru aku strike. Itu pun seekor jer. Seekor lagi rabut. Apa2pun aku layan UL saja kali ini...
Ini Ikan Bulan yang ke-2 & strike tu. Yang 1st rabut... |
Degil tu. Masih kuat fight. Takpe, layan bagi beliau letih sikit. |
Macam dah makin dekat tapi mempunyai semangat juang yang masih tinggi. Sempat buat beberapa kali aksi akrobatik & masih tak mahu menyerah! |
Ha... baru beliau keletihan. Time nie baru beliau "menurut perintah". A very good size le jugak. Kalau setakat area camgini memang payah sikit nak cari saiz megatron. |
Hook (treble hook) kat tengah badan lure nie aku buka & tinggalkan 1 hook jer kat ekor jer. Perubahan ketara renangan lure - pasti aksi lure lebih "menggila". Lepas tu treble hook tersebut aku tukar gunakan single hook. Tapi time tu Bulan dah kurang bermain. Nampaknya tu jer hasil setakat nie. Sebelah petang aku gi kat beberapa port lain & kumpau.